suria

[VIDEO] “Tak perlu layan saya seperti VIP” - Ezza Yusof pandai ‘ikat’ hati Remy Ishak, sentiasa ada di sisi

HANYA Ezza Yusof yang kenal siapa Remy Ishak.

Itulah hakikat yang diakui pelakon berkenaan apabila memilih bekas tunangnya sendiri iaitu Ezza atau Roszaliza Yusof untuk dijadikan teman hidup.

Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, tempoh mengenal hati budi selama lapan tahun dianggap sudah cukup untuk wanita berkenaan mengenalinya tidak hanya sebagai seorang selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN: Remy Ishak nikah Sabtu ini, Ezza Yusof pilihan hati - “Baik dan buruk dia saya tahu”

Walaupun pernah berkenalan dengan wanita lain selepas putus tunang pada 2019, Remy berkata Ezza tetap menjadi orang yang sentiasa berada disisinya di kala jatuh dan bangun.

"Lapan tahun perjalanan kami... saya selalu cakap pada diri yang saya perlukan seorang yang memahami dan mengenali diri saya.

Remy kongsi perjalanannya bersama Ezza sepanjang lapan tahun perkenalan.

Remy yakin Ezza adalah pasangannya.

"Bukan hanya kenal sebagai Remy Ishak tapi Zalimie Ishak. Sepanjang mengenali dia, sudah tentu ada pahit manis. Macam-macam berlaku dalam hubungan kami.

"Tiga tahun pertama memang susah nak kenal saya... lepas itu kami pernah putus tunang dan saya pun ada kenal dengan orang lain juga tapi tak serasi.

"Setiap kali saya ada masalah, jatuh dan bangun saya, Ezza sentiasa berada disisi saya. Orang yang boleh faham dan kenal saya adalah Ezza... she is the one," katanya kepada mStar.

Pada Khamis, Remy akhirnya mengumumkan bakal berkahwin pada Sabtu dengan gadis pilihan hati yang juga bekas tunangnya iaitu Ezza Yusof.

Saya nak sebuah perhubungan itu biarlah sampai akhir hayat.

REMY ISHAK

PELAKON

Remy berkata majlis pernikahan itu akan diadakan di sebuah lokasi di ibu negara secara tertutup berikutan negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Dalam pada itu, Remy mengakui pernah berasa trauma untuk menempuh alam rumah tangga disebabkan perceraian ibu bapanya.

"Saya nak sebuah perhubungan itu biarlah sampai akhir hayat. Saya pun lahir daripada ibu bapa yang berpisah. Perceraian satu trauma pada saya.

"Saya tidak mahu benda yang sama berlaku pada saya. Jadi, dalam sebuah perhubungan itu kena ada kepercayaan dan kesetiaan.

"Pada mulanya saya takut dia tak faham saya, kerjaya saya, tak faham masyarakat akan bercakap benda yang tak ada. Alhamdulillah, dia memahami," ujarnya.

Remy 3

Remy dan Ezza pernah bertunang pada 2017 namun berpisah pada 2019.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka putus pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Sementara itu, pelakon drama Keluarga Baha Don ini mendedahkan Ezza sentiasa memberi sokongan dan memastikan dirinya berpijak di bumi nyata.

"saya perlukan orang yang boleh memberi sokongan bukan sahaja dunia glamour tapi peribadi saya. Ezza pandang saya sama level... dia manusia, saya manusia.

"Tak perlu layan saya seperti VIP. Apabila saya berasa berada di tahap yang tinggi, dia tarik saya ke bawah dan berpijak semula di bumi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain