suria

Elisya Sandha terima hantaran RM22,222.22 - “Sepatutnya nikah Februari depan, cepatkan sebab kes Covid-19 meningkat”

Elisya terpikat dengan sikap peribadi yang ditunjukkan oleh Uzair. Foto Instagram Amir Naufal Photography

SELAIN Remy Ishak menamatkan zaman bujang pada Sabtu, rupa-rupanya pelakon Elisya Sandha turut memilih hari yang sama untuk disatukan dengan tunangnya, Uzair Haqimy pada Sabtu.

Pasangan berkenaan bernikah kira-kira pukul 3.11 petang di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.

Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair, 25, yang bekerja sebagai pengurus produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Elisya Sandha selamat bertunang dengan anak sulung Sheila Rusly

Adik kepada aktres Fasha Sandha ini menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Dalam pada itu, Elisya berkata pada awalnya majlis pernikahan dirancang pada 22 Februari tahun depan, namun terpaksa dipercepatkan.

Elisya Uzair

Elisya dan Uzair disatukan dalam majlis sederhana mengikut SOP.

"Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir, dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.

"Dengan situasi pandemik Covid-19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan kes harian naik mendadak, semuanya perlu dipercepatkan termasuk hal membina masjid ini.

Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah cara dia menjaga dan menyayangi keluarganya!

ELISYA SANDHA

PELAKON

“Kita dahulukan yang wajib dahulu. InsyaAllah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis cuma tarikh belum tahu lagi," katanya.

Ditanya mengenai sisi peribadi suaminya, Elisya menyifatkan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly ini seorang lelaki yang bertanggungjawab.

elisya 3 new

Sikap Uzair mementingkan keluarga membuatkan Elisya terpikat.

"Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah cara dia menjaga dan menyayangi keluarganya. Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik.

“Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua. Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu," katanya.

Dalam majlis tersebut Elisya anggun mengenakan persalinan daripada Teh Firdaus dan ditatarias Datuk Alha Alfa.

Majlis nikah petang itu turut saksikan oleh adik beradik, sanak saudara dan teman rapat secara atas talian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain