suria

Shuib tak dendam, maafkan Aisar Khaled buat ‘content’ ziarah kubur Siti Sarah - “Tiada guna sakit hati, kena ingat kematian hampir dengan kita”

Aisar Khaled lega isu video melawat kubur Siti Sarah yang menjadi kontroversi sebelum ini sudah selesai.

KONTROVERSI melawat kubur Allahyarham Siti Sarah nampaknya selesai apabila suami penyanyi itu iaitu Shuib Sepahtu memaafkan personaliti media sosial, Aisar Khaled.

Berkongsi mengenai perkara itu, Aisar memuat naik mesej pesanan suara yang dihantar oleh Shuib menerusi aplikasi WhatsApp pada Sabtu.

Dalam rakaman tersebut, Shuib berkata dia sudah memaafkan kesilapan yang dilakukan Aisar dan tidak menyimpan dendam atas apa yang telah berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu buat video di kubur Siti Sarah, Sharnaaz Ahmad yakin Aisar Khaled tak serik - “Sia-sia nasihat... sampai masa mereka akan ada otak”

"Tak apa, dari awal apabila dapat tahu saya tengok video tu saya dah maafkan awak... tiada guna sakit hati atau berdendam.

"Saya nak mudahkan urusan semua orang, saya juga minta Allah permudahkan urusan saya, jadi saya tak nak menyusahkan orang lain. Tiada manusia sempurna di dunia, saya pun selalu buat salah dan dosa.

aisar 3

Aisar kongsi pesanan suara yang dihantar oleh Shuib.

"Banyak dosa saya dengan Allah tapi mungkin apa yang boleh kita ambil pengajaran janganlah berbuat kesalahan sama, mungkin kita tak perasan kesalahan itu adalah kesalahan yang tak sepatutnya kita buat," kata Shuib.

Aisar mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video melawat ke Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak iaitu lokasi Siti Sarah dikebumikan sebagai kandungan untuk laman YouTube miliknya pada 9 Ogos lalu.

Terima Kasih Abang Shuib... ujian seperti ini mengubah hidup saya.

AISAR KHALED

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak yang menganggap dia mengambil kesempatan dan tidak sensitif dengan keadaan yang berlaku.

Dalam pada itu, YouTuber berusia 21 tahun ini turut mengucapkan terima kasih kepada Shuib kerana menerima permohonan maafnya itu dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

aisar 2

Aisar kesal dengan tindakannya memuat naik video melawat kubur Siti Sarah.

"Terima Kasih Abang Shuib... ujian seperti ini mengubah hidup saya. MasyaAllah," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sementara itu, Shuib turut mengingatkan Aisar supaya berpada-pada dalam menggunakan media sosial serta menjadikan ruang platform yang ada untuk tujuan baik.

TONTON VIDEO AISAR KHALED!

"Saya doakan awak terus menjadi YouTuber hebat menggunakan platform kita untuk sebarkan kebaikan.

"Jangan jadi orang yang terlalu seronok buat content sampai akhirnya apa kita buat makan diri sendiri. InsyaAllah kita kena ingat kematian hampir dengan kita cuma tak tahu bila.

"Awak orang hebat dan baik teruskan berbuat kebaikan," kata Shuib.

Untuk rekod, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain