suria

Baru sebulan patah hati, Daiyan Trisha belum sedia bercinta lagi - “Aedy Ashraf hanya kawan rapat”

Daiyan Trisha mula rapat dengan Aedy Ashraf ketika siri Projek Anchor SPM.

BAHARU saja patah hati dengan seseorang jejeka sebulan yang lalu, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menafikan khabar angin dia kini sedang bercinta dengan pelakon Aedy Ashraf.

Mengakui berkawan rapat dengan Aedy ketika membintangi drama siri Projek Anchor SPM, penyanyi berusia 28 tahun ini masih belum terbuka untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha geram dituduh sekadar ‘pose’ cantik di PPV, jalan pintas dapat vaksin cepat - “Saya kerja secara ikhlas tapi difitnah”

“Semua orang tahu Aedy dan saya berkawan rapat... hubungan rapat ini terjalin sejak kami bersama-sama digandingkan dalam drama bersiri Projek Anchor SPM. Bukan sahaja dia dengan pelakon lain pun saya anggap seperti satu keluarga.

“Kami selesa berkawan rapat. Jadi untuk saya mencari kekasih baru buat masa sekarang ini, memang tidaklah. Jujurnya saya masih belum bersedia untuk menjalin mana-mana hubungan cinta yang baru,” katanya kepada mStar.

Daiyan berkongsi perkara itu ketika sidang media secara maya bagi mempromosikan single terbarunya berjudul Penat yang mendapat kerjasama Warner Music Malaysia pada Jumaat.

daiyan3

Video Elfira bertanyakan Aedy mengenai Daiyan menjadi tular.

Sebelum ini tular video Aedy membuat Instagram Live (IG Live) bersama pelakon Elfira Loy dan adik-beradiknya yang bertanyakan mengenai hubungan aktor itu dengan Daiyan.

Sementara itu, pemilik nama Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin ini memberitahu lagu Penat yang ditulis itu sememangnya berdasarkan pengalaman putus cintanya dengan seorang jejaka.

Jujurnya saya masih belum bersedia untuk menjalin mana-mana hubungan cinta yang baru.

DAIYAN TRISHA

PENYANYI & PELAKON

Daiyan bagaimanpun berkata, dia lebih selesa membiarkan peminat dan pendengar berteka-teki siapakah bekas teman lelakinya itu.

“Rasanya lebih baik saya biarkan perkara ini kepada semua pendengar untuk menilai dan mencari. Saya tak mahu beritahu siapakah siapa lelaki tersebut.

“Ada saya berikan petanda-petanda menerusi lagu itu, tetapi kalau siapa yang dapat tahu, maka tahulah. Namun saya nak bercerita lanjut mengenainya, tidak.

daiyan2

Daiyan lancar single Penat.

“Cukuplah orang tahu bahawa lagu itu memang ditulis untuk lelaki tersebut yang telah mematahkan hati saya ini,” ujarnya.

Sementara itu, Daiyan juga berasa yakin lagu Penat juga sesuai menggambarkan emosi yang sedang dilalui masyarakat ketika ini.

Tambahnya, situasi pandemik juga merupakan satu daripada faktor dia menulis dan menghasilkan lagu tersebut yang dirasakan begitu dekat di hati pendengar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain