suria

[VIDEO] Rakaman suara arwah ibu pesan baca doa jadi pengubat rindu Syamel - “Rupa-rupanya terlalu singkat masa kita ada”

Syamel masih mengingati setiap pesanan ibunya. (Foto: Sweetpictures)

KEHILANGAN ibu tercinta, Wan Faaizah Karim pada malam 22 Ogos lalu benar-benar meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi Syamel.

Kata Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, arwah merupakan seorang ibu yang penyayang dan selalu memberikan nasihat dan pesanan tanpa mengira masa.

"Syurga. How i wish you guys jumpa dan kenal umi (panggilan untuk ibu). You will surely love her. Sangat berkarisma dan setiap tutur kata penuh dengan pesanan dan peringatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Syamel meninggal dunia selepas hampir sebulan ditidurkan - “Allah lebih sayangkan umi... saya reda”

"Kadang-kadang telefon tak kira masa kalau teringat sesuatu nak pesan, masa tu kita terfikir kenapa tak tunggu sampai rumah, boleh borak panjang... rupa-rupanya terlalu singkat masa yang kita ada untuk menunggu.

"Saya kongsikan sedikit pesanan umi, masa ni nak keluar rumah nak memandu, umi suruh duduk kejap depan dia ada benda nak beritahu. Ha dengarlah. So cute! Saya rakam depan dia," kata Syamel.

Syamel 1

Syamel akui merindui arwah ibunya.

Penyanyi lagu Good Bye, Hello ini berkongsi salah satu kenangan manisnya bersama arwah ibu menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman suara ibunya mengingatkan mengenai bacaan doa sebelum keluar rumah.

Allahyarham Wan Faaizah, 55, menghembuskan nafas terakhir selepas hampir sebulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen.

Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin... percayalah, mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah!

SYAMEL

PENYANYI

Dalam pada itu, Syamel mengingatkan pengikutnya supaya meluangkan masa dengan ibu bapa masing-masing sementara mereka masih hidup.

Selain itu, dia menggalakkan mereka merakam momen-momen indah untuk dijadikan kenangan bagi mengubat kerinduan.

"Buat yang masih ada ibu dan ayah, curahkanlah kasih sayang, berikan perhatian dan merayulah doa daripada mereka. Mungkin doa dari seorang ibu buat saya dah terputus di dunia ni, tapi segala pesanan dan ilmu yang diberikan akan diamalkan dan diingati sampai akhir usia.

"Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin, walaupun tak mungkin dapat lepaskan rindu tapi percayalah, mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah," ujarnya.

Sementara itu, isteri Syamel iaitu Ernie Zakri pula berkata lima bulan perkenalan dengan ibu mentua merupakan kenangan terindah dalam hidupnya.

"Allah SWT pinjamkan umi untuk saya selama lima bulan sahaja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis-manis. Subhanallah rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat.

Ernie zakri ibu Syamel

Ernie akui banyak kenangan manis sepanjang lima bulan bersama ibu mentua.

"Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun di beri masa singkat. Saya tak tahu adakah saya menantu terbaik untuk kamu dan ayah tapi saya tahu saya ada ibu dan ayah mentua terbaik. MasyaAllah.

"Anak-anak akan rindukan umi sangat-sangat especially your keletah. Kami reda dengan pemergian umi. Semoga Allah SWT lapangkan kubur umiku seluas mata memandang. Itu doa yang umi selalu amalkan," katanya.

Ernie dan Syamel berkahwin pada 26 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain