suria

Gara-gara terlajak komen di IG… Wanns Ahmad digelar anti vaksin - “Tak perlu sampai bergaduh... berperang di media sosial “

Wanns Ahmad tegaskan dirinya bukan anti vaksin.

BERMULA dengan hanya meminta netizen henti berbalah mengenai isu vaksin Covid-19, tidak semena-mena pelakon Wanns Ahmad digelar golongan anti vaksin.

Menurut Wanns atau nama sebenar Wan Nursalam Wan Ahmad, 30, tujuannya menyentuh mengenai isu berkenaan kerana enggan netizen terus berbalah sehingga mewujudkan diskriminasi terhadap individu yang belum menerima pelali tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Oktovia Manrose minta jangan diskriminasi, vaksin hanya pilihan... tak wajib - “Bukan nak bergaduh tapi saya berjangkit daripada orang dah vaksin”

"Saya ada meninggalkan komen di Instagram mStar mengenai vaksin... saya tulis kemungkinan besar orang yang dah vaksin pun boleh kena Covid-19, tak fasal-fasal netizen serang saya kata saya golongan anti vaksin.

"Saya nak beritahu... saya bukan anti vaksin! Komen yang saya tulis itu secara umum minta netizen henti berbalah sesama sendiri. Ini kerana tindakan saling menghentam individu yang berbeza pendapat hanya akan merumitkan lagi keadaan.

wanns ahmad 2

Wanns Ahmad akan mengambil vaksin dalam masa terdekat.

"Kita kena hormat orang yang berbeza pandangan, saling terbuka dan terima pendapat masing-masing. Tak perlulah sampai wujud diskriminasi terhadap mereka, bantu mereka supaya lebih faham mengenai vaksin," katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi lagu Terus Mencintaimu ini berkata komen yang ditinggalkan di akaun Instagram @mstaronlineofficial itu bukanlah bermaksud dia menolak untuk mengambil pelali berkenaan.

Semestinya kita semua mahu yang terbaik untuk negara ini... InsyaAllah saya pun akan dapatkan vaksin tak lama lagi.

WANNS AHMAD

PENYANYI/ PELAKON

Bagaimanapun, komen yang ditulis itu disalah anggap oleh netizen yang kurang memahami maksud yang cuba disampaikan.

"Saya hanya tulis fakta yang dinyatakan pakar... mungkin sebab saya minta mereka berhenti berbalah, mereka ingat saya anti vaksin sedangkan saya pun akan ambil vaksin tidak lama lagi.

"Mereka salah faham komen saya. Isi utamanya saya nak kata tak perlulah sampai nak bergaduh. Kenapa nak kena berperang di media sosial sampai macam itu.

"Semestinya kita semua mahu yang terbaik untuk negara ini... InsyaAllah saya pun akan dapatkan vaksin tak lama lagi. Nanti nak sambung penggambaran pun memerlukan pelakon ambil vaksin!" ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain