suria

Selepas bedah otak, Izuan Fitri masih terlantar… ibu rayu bantuan tampung kos perubatan - “Dia belum bercakap... hanya renung kami”

Izuan Fitri tidak mampu bercakap dan hanya terlantar di katil hospital sejak menjalani pembedahan pada awal Ogos lalu.

KEADAAN kesihatan pelakon remaja, Izuan Fitri yang terlantar selepas menjalani pembedahan pada bahagian otak di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 5 Ogos lalu belum menunjukkan perkembangan positif.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, ibunya iaitu Nor Abdul Rani memaklumkan pelakon berusia 19 tahun itu kini dipindahkan ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) pada petang Selasa.

"Selepas pembedahan keadaan dia masih sama. Dia sedar tapi tak mampu bercakap atau menggerakkan badan. Adik (panggilan untuk Izuan) hanya terbaring di katil sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘One Two Jaga’ sebuah karya mahal Nam Ron dan rakan-rakan

"Kita pun tak tahu apa yang dia sedang fikirkan, dia hanya diam dan renung setiap orang. Doktor beritahu dia masih perlukan rawatan bagi memantau perkembangan kesihatannya.

"Dia perlu menjalani beberapa ujian kesihatan dan kita semua reda menanti apa perkembangannya selepas ini. Sekarang ini sedang menunggu masa sesuai untuk imbasan CT-Scan.

"Kasihan tengok dia pun dah kurus sangat sebab tak makan dan hanya terbaring di katil," katanya kepada mStar.

izuan fitri 2

Izuan tak mampu bercakap atau menggerakkan badan, hanya minum susu menggunakan tiub khas.

Pada 31 Julai lalu, pelakon filem One Two Jaga dan Munafik itu dikejarkan ke Hospital Selayang, Selangor setelah tidak sedarkan dan diserang sawan berikutan penyakit batuk kering atau tibi yang dihidapi.

Selepas hampir sebulan menjaga anaknya di hospital, Nor yang juga merupakan seorang ibu tunggal berkata dia berdepan kekangan kewangan bagi menampung kos perubatan anak bongsunya itu.

Cumanya kalau ada bantuan mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan kami ini.

NOR ABDUL RANI

IBU IZUAN FITRI

Katanya, perbelanjaan bertambah besar selepas Izuan terpaksa dipindahkan ke IPR yang memerlukan penyediaan kelengkapan khas untuk pesakit terlantar, susu dan ubat-ubatan.

"Sejujurnya memang saya sedang berdepan kesempitan dari sumber kewangan, semenjak dia sakit saya memang tak boleh nak bekerja, dengan keadaan sekarang ni duit banyak digunakan untuk perubatan adik.

izuan fitri 3

Izuan bersama aktres Raja Ilya semasa memenangi ASK 2015.

"Dia perlu beli tilam khas untuk pesakit terlantar, dia juga hanya bergantung pada susu dan segala ubat-ubatan kena beli sendiri... memang ribuan ringgit diperlukan untuk membayar rawatannya di hospital.

"Mahu tak mahu, saya kena usaha juga cari duit untuk bayar segala kos perubatan ini... demi kesihatan anak, saya akan usaha. Cumanya kalau ada bantuan mungkin sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan kami ini," ujarnya.

Untuk rekod, Izuan mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan sejak kanak-kanak dan pernah memenangi beberapa anugerah.

Pelakon filem Butak ini pernah menjulang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Anugerah Skrin (ASK) TV3 pada 2015 dan Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2016.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain