suria

Dayana Roza rahsiakan kelahiran anak sulung, elak emosi terganggu ketika berpantang - “Saya tertekan... tak nak tahu tentang Covid-19”

Dayana turut berkongsi foto wajah anak sulungnya yang diberi nama Astrid Raheeya.

LEBIH sebulan bergelar ibu, pelakon Dayana Roza memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri untuk merahsiakan kelahiran anak sulungnya yang dilahirkan pramatang pada 20 Julai lalu.

Tertekan dengan keadaan pandemik Covid-19, Dayana, 30, berkata, salah satu sebab dia berbuat demikian kerana enggan membiarkan emosinya terganggu sepanjang tempoh berpantang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hamil 5 bulan tak halang Dayana Roza terus hulur bantuan... tidak sanggup lihat orang berlapar - “Ada famili 7 beranak tiada beras nak makan”

"Saya memilih untuk merahsiakan kelahiran anak pertama ini sebab ingin menjaga kesihatan mental. Sebelum saya bersalin, saya dalam keadaan tertekan.

dayana 2

Dayana bersama suaminya.

"Mula rasa tekanan melihat kes Covid-19 meningkat setiap hari. Saya jadi takut dan rasa macam anxiety bila fikirkan keadaan Covid-19 yang semakin teruk.

"Jadi, selepas bersalin itu saya ambil keputusan untuk berehat dan fokus baby dulu. Sepanjang berpantang, saya jarang pegang handphone.

"Saya tak nak tahu info berkaitan dengan Covid-19. Bimbang akan ganggu emosi sebab itu lepas saya dah betul-betul sihat barulah saya kongsi kepada umum," katanya kepada mStar.

Pada Selasa, pemilik nama Nur Dayana Kamsun Baharin mendedahkan dia sudah melahirkan bayi pra matang yang diberi nama Astrid Raheeya pada 20 Julai lalu.

Tidur tak cukup itu satu perkara yang biasa dah sekarang ini.

DAYANA ROZA

PELAKON

Dalam pada itu, Dayana mengakui biarpun penat dan tidak mendapat tidur secukupnya namun bergelar ibu memberi pengalaman baharu yang menyeronokkan kepadanya.

"Walaupun penat tapi saya seronok jadi ibu. Mula-mula itu susah juga saya nak sesuaikan diri ada baby.

DAYANA 1

Dayana seronok menjadi seorang ibu.

"Awal itu keadaan agak kelam kabut sebab pertama kali nak uruskan baby. Tidur tak cukup itu satu perkara yang biasa dah sekarang ini.

"Apa yang saya buat pun, mesti anak yang menjadi keutamaan. Setiap masa fikirkan dia dahulu. Sejujurnya, kehidupan saya memang berubah sepenuhnya," ujarnya.

Untuk rekod, Dayana mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A'dale Adham Ayahudin pada 25 Disember tahun lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain