suria

Bukan mudah jadi bapa, Hael Husaini fikir masa depan anak-anak

Hael sentiasa utamakan tiga orang anaknya.

MEMPUNYAI tiga orang anak angkat yang masih kecil, penyanyi Hael Husaini mengakui dia berasa paranoid melihat angka peningkatan kes Covid-19 setiap hari.

Pemilik nama Hal Husaini Razmi, 33, memberitahu dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan negara belum mempunyai inisiatif atau rawatan untuk kanak-kanak di bawah usia lima tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Hael Husaini ambil anak angkat lagi, kembar lelaki - “Haelmummy je tak ada lagi”

"Secara jujurnya, paranoid itu memang ada tapi bukan saya saja, semua orang di luar sana rasa perkara yang sama terutama mereka yang ada keluarga dan anak kecil.

Hael 1

Tiga orang anak angkat Hael.

"Sebab kita tahu masih tiada lagi inisiatif atau rawatan untuk anak-anak di bawah usia lima tahun. Disebabkan itu saya mengambil langkah berhati-hati," ujarnya.

Penyanyi lagu Nuraga itu ditemui di sesi Chillax Program Amal Covid-19 #BaikSemula secara maya pada baru-baru ini.

Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan sesi Chillax itu adalah Amir Masdi, Naim Daniel, Hujan, Meer Nash, Dolla, Shalma Eliana, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

Jujurnya tugas bapa bukanlah mudah, tapi ia mematangkan diri saya.

HAEL HUSAINI

PENYANYI

Untuk rekod, Hael mengambil anak angkat perempuan iaitu Helena pada tahun pada 2017 dan sepasang bayi lelaki kembar, Haelmy serta Haelman pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Hael mengakui menjadi seorang bapa bukanlah satu tugas yang mudah namun pengalaman itu membuatkan dirinya semakin matang.

Memikul tanggungjawab yang lebih besar, Hael berkata dia sanggup melakukan apa saja demi melindungi keluarga kecilnya.

Hael 2

Hael akui bukan mudah menjadi seorang bapa.

"Jujurnya tugas bapa bukanlah mudah, tapi ia membantu saya daripada banyak segi antaranya seperti mematangkan diri saya.

"Kini saya ada komitmen yang lebih besar daripada diri sendiri. Saya lebih memikirkan masa depan mereka, tambah lagi dalam keadaan sebegini.

"Jadi saya sebagai bapa saya perlu melakukan apa yang penting dahulu dan mereka menjadi keutamaan saya pada ketika ini,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain