suria

Azlee Senario mahu dalami agama, seronok ikut Ebit Lew beri sumbangan - “Hati saya tenang dapat bantu orang susah”

Azlee Senario seronok ikut Ebit Lew beri sumbangan.

TERBUKA hati untuk mengikut personaliti dakwah Ebit Lew melakukan kerja amal, pelawak Azlee Senario mengakui jiwanya kini berasa lebih tenang.

Pemilik nama Azlee Jaafar, 54, ini berkata, pengalaman selama beberapa hari mengikut Ebit Lew berdakwah memberi kesedaran kepada dirinya sendiri.

"Selepas ustaz Ebit datang ke gerai buah saya bulan lalu, saya berpeluang mengikuti dia melakukan kerja-kerja amal kebajikan selama tiga hari.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka dapat kejutan, Ebit Lew tiba-tiba muncul di gerai buah Azlee Senario - “Alhamdulillah... berkat doanya, jualan saya habis”

“Dalam pada kita membantu orang susah, kita juga dapat kesedaran dan secara tak langsung belajar juga tentang agama.

"Tidak dinafikan perasaan dan hati saya berasa tenang sepanjang melakukan kerja-kerja ibadah seperti itu,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Ebit menerusi Instagram miliknya memberitahu ahli kumpulan Senario itu seorang yang baik hati dan sentiasa menceriakan orang sekelilingnya sepanjang misi bantuan yang dijalankan itu.

Kata Ebit, Azlee juga meluahkan hasrat untuk terus mengikuti misi bantuan yang dilaksanakannya.

“Bang Azlee sangat baik, dua kali bersama saya dalam misi membantu dan belajar iman. Dia ceriakan orang kampung dengan nasihat yang baik.

“Balik je selepas beberapa hari, abang Azlee kata rindu betul dengan ustaz dan jemaah. Rasa nak ikut sentiasa kerja ini. Tenang ya ustaz buat kerja begini, sejuk hati, bahagia, terasa banyak tanggungjawab kita” tulis Ebit.

Dalam pada kita membantu orang susah, kita juga dapat kesedaran dan secara tak langsung belajar juga tentang agama.

AZLEE SENARIO

PELAWAK

Sementara itu, Azlee mengakui dia semakin seronok dalam mendekatkan diri dan belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

Katanya, dia juga melihat pandemik Covid-19 yang berlaku memberi hikmah tersendiri dan mempunyai nikmat kepada menjalaninya dengan ikhlas.

"Insyallah kalau ada ruang dan peluang saya sentiasa ingin belajar dan memperjuangkan agama Allah. Saya juga sedar ada hikmah yang kita dapat di sebalik pandemik Covid-19 ini,” ujarnya.

AZLEE 2

Ebit Lew datang ke gerai buah Azlee Julai lalu.

Selain itu, Azlee juga berkata, dia juga kini mula menghidupkan amalan sunnah di rumahnya sebagai sebagai rutin bersama keluarga.

"Alhamdulillah selepas solat fardu, amalan Taklim saya amalkan sebab ini adalah sunnah Rasulullah dengan membaca fadilat amal. Banyak kelebihan untuk kita dan keluarga jika mengamalkan sunnah ini di rumah,” ujarnya.

Pada 12 Ogos lalu, tindakan Azlee menjual buah-buahan di tapak pasar malam Saujana Utama, Sungai Buloh mendapat perhatian netizen.

Rata-rata netizen memuji sikap Azlee yang mengenepikan soal malu dalam mencari rezeki ketika pandemik yang menyekat kegiatan penggiat seni.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Azlee, Ebit Lew, gerai buah, jemaah, tabligh

Artikel Lain