suria

Penggiat seni rayu nak kerja, malu dengar artis dan kru tiada duit nak makan - “Kami tak mahu terus memekik minta bantuan”

PTVM dan DCAM berharap kerajaan membenarkan semula aktiviti penggambaran dijalankan.

KETIKA semakin banyak sektor ekonomi mula dibenarkan beroperasi di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), penggiat industri kreatif masih menanti khabar gembira untuk mereka.

Enggan hanya berpeluk tubuh, dua pertubuhan iaitu Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) dan Pertubuhan Pencipta Kandungan Kreatif Digital Malaysia (DCAM) cuba menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Tan Sri Datuk Annuar Musa.

Menerusi surat rasmi yang dihantar kepada Annuar, PTVM dan DCAM merayu kebenaran untuk aktiviti penggambaran dijalankan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan tak kerja, Namron harap kerajaan benar semua penggambaran bukan hanya yang tertangguh - “Kami pun nak cari makan”

Selain itu, pihak PTVM dan DCAM turut mempersoalkan syarat-syarat Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang dianggap terlalu ketat.

ptvm 2

Aktiviti penggambaran sepenuhnya masih belum dibenarkan.

"Kami mewakili warga produksi tanahair daripada semua peringkat ingin merayu kepada Tan Sri agar mencari kaedah supaya kami dibenarkan beroperasi semula selaras dengan pembukaan sektor ekonomi yang lain.

"Kami ingin segera bekerja. Kami hairan dan bingung sedang kami tidak dibenarkan melakukan kerja utama iaitu penggambaran (kecuali di negeri-negeri Fasa 2 dan ke atas), sektor lain terus dibenarkan beroperasi walaupun dalam kawasan Fasa 1 tanpa SOP yang terlalu ketat seperti yang dikenakan kepada kami.

"Jika kami ingin membuat penggambaran kami perlu mematuhi syarat-syarat SPP Khas oleh Finas yang ketat. Paling hairan hanya dibenarkan beroperasi di kawasan Fasa 2 sedangkan sektor lain dibuka walaupun di kawasan 1," demikian menurut kenyataan kepada media.

PTVM dan DCAM menghantar surat rasmi itu ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada Rabu.

Kami mahu bekerja dan tidak mahu terus memekik meminta bantuan.

DATUK JUREY LATIF ROSLI & MOHD GHAZALI ABU BAKAR

PRESIDEN PTVM & PRESIDEN DCAM

Pada 21 Julai lalu, kerajaan menetapkan hanya produksi drama, iklan dan dokumentari yang tertangguh penggambaran kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan untuk meneruskan penggambaran pada Fasa Dua.

Syarat lain adalah aktiviti penggambaran hanya boleh dijalankan di negeri yang berada di status Fasa Dua dan melibatkan lokasi atau premis penggambaran luar studio sahaja.

Dalam pada itu, PTVM dan DCAM berpendapat bahawa aktiviti penggambaran tidak berisiko tinggi memandangkan semua faktor masih terkawal selain selaras dengan perlepasan kepada individu yang sudah mempunyai vaksinasi lengkap.

ptvm 3

Warga produksi berharap dapat bekerja semula.

"Kami rasakan aktiviti penggambaran juga merupakan aktiviti berisiko rendah kerana semua faktor adalah terkawal dan tiada orang atau pelanggan yang walk in yang kita tak tahu datang dari mana.

"Selaras dengan pelepasan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaksin, kami rasa pelepasan itu seharusnya juga melibatkan kerjaya kami.

"Kami mahu bekerja dan tidak mahu terus memekik meminta bantuan. Kami malu apabila terus kedengaran yang warga produksi seperti kru dan artis yang terus memohon bantuan dan merayu bantuan sana sini sampai tahap perlu bantuan makanan untuk hidup.

"Ini terlalu hina rasanya. Justeru kami harapkan pembelaan dan bantuan Tan Sri untuk segera menyelesaikan kemelut ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain