suria

Banyak tanggungan... Mark Adam sedia cabar diri 'terjun' ke pelbagai bidang seni - “Saya fikir tanggungjawab terhadap keluarga di kampung”

Mark tidak serik untuk menjadi penyampai radio.

DEMI mencari rezeki untuk keluarga, penyanyi Mark Adam berkata dia sedia untuk menceburi mana-mana bidang seni termasuklah kerjaya sebagai penyampai radio jika diberi peluang sekali lagi.

Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah berkata, dia akan menerima apa saja tawaran kerana menganggap ia sebagai peluang keemasan untuk mencabar dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bye Hot FM! Mark Adam dan Fizie ditamatkan kontrak - “Tak tahu macam mana rasanya bangun tidur pagi esok”

"Saya tidak pernah serik, apatah lagi berputus asa kerana saya anggap setiap tawaran yang diberikan adalah amanah. Apa jua yang terjadi, saya lihat sebagai pelajaran.

Mark 2

Mark bersama isterinya.

"Jika ada tawaran dalam bidang pengacaraan, pelawak, penyampai radio atau penyanyi, saya terima. Semua itu saya anggap sebagai rezeki daripada Allah SWT.

"Saya bukan saja mempunyai isteri, malah turut memikirkan tanggungjawab ahli keluarga serta ibu di kampung halaman. Jadi saya tidak mahu memilih atau menyesali apa yang berlaku.

"Paling penting adalah perancangan hidup untuk bergerak lebih jauh ke hadapan. Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja," kata Mark kepada mStar.

Paling penting adalah perancangan hidup untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.

MARK ADAM

PENYANYI

Mark berkongsi perkara itu ketika di sidang media Ceria Xtra #DudukRumah yang akan bermula pada 10 September menerusi Astro Ceria.

Rancangan yang dihoskan oleh Wafiy itu turut menampilkan selebriti popular seperti Ajak Shiro, Nabila Huda, Sean Lee, Atu Zero, Sarah Suhairi dan Shahrol Shiro.

Dalam pada itu, penyanyi Marry Me ini berkata dia semakin fasih bertutur dalam bahasa Melayu selepas enam bulan berkhidmat penyampai radio Hot FM.

Mark 1

Mark dan Fizie sebak ketika ingin meninggalkan konti Hot FM pada Julai lalu.

“Saya merancang untuk memperbaiki bahasa Melayu saya supaya lebih fasih dan itu dibuktikan semasa menggalas tugas ketika bersama stesen radio tersebut.

"Selama tempoh enam bulan menjadi penyampai radio, bahasa Melayu saya semakin baik. Saya tak akan berhenti untuk belajar lagi walaupun sudah tidak bekerja di radio sekarang ini.

"Saya masih banyak membaca selain banyak tengok pengacara-pengacara beraksi dan bertutur dalam bahasa Melayu," ujarnya.

Pada 16 Julai lalu, Mark dan Fizie terpaksa meninggalkan konti stesen radio tersebut apabila kontrak perkhidmatan mereka ditamatkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain