BERITA mengenai seorang bayi berusia setahun empat bulan yang didera oleh ibu dan bapa kandung sendiri benar-benar meruntun jiwa masyarakat. Terkesan dengan perkara itu, selebriti terkenal Anzalna Nasir, 33, turut meluahkan rasa bengang dengan tindakan tidak berperikemanusian yang dilakukan oleh individu berkenaan. Pelakon drama Bangkitnya Seorang Perempuan ini berharap pasangan suami isteri itu diberi hukuman berat atas kesalahan yang dilakukan. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tak jadi sambut ‘birthday’ anak di hotel, Anzalna seronok buat parti dengan anak yatim secara ‘online’ "Sejujurnya sejak ada anak apabila baca berita macam ni buatkan saya terlebih emosi! "Ya Allah sakitnya hati baca. Tolonglah hukuman gantung terus orang macam ni, tak perlu bagi peluang untuk hidup," katanya. Anzalna bengang membaca laporan berita kes penderaan kanak-kanak. Anzalna yang juga memiliki seorang anak lelaki bernama Mohamad Eidrees yang kini berusia dua tahun berkongsi rasa kesal itu menerusi Instastory miliknya pada Sabtu. Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik paparan skrin laporan berita mengenai penderaan yang dilakukan terhadap bayi lelaki itu. Sebelum itu, media melaporkan seorang bayi terpaksa menahan kesakitan apabila dicucuh puntung rokok dan ditumbuk pada muka. Anzalna bersama suami, Hanif Zaki dan anak mereka, Mohamad Eidrees. Selain itu, terdapat juga kesan ditekap dengan seterika pada badan bayi lelaki berkenaan. Kecederaan itu dipercayai akibat didera ibu bapa sendiri di Felda Jalor Air Kuning Selatan, Negeri Sembilan. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, polis menahan ibu bapa bayi terbabit di sebuah klinik kesihatan selepas menerima laporan daripada seorang doktor yang merawat mangsa, pada 25 Ogos lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!