suria

Rusdi Ramli lebih selesa bekerja dengan pengarah yang boleh terima idea pelakon - “Kadang-kadang apa kita fikir tak sama yang dia mahu”

Rusdi Ramli seronok cabar diri terima pelbagai watak.

SELEPAS 33 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air, pelakon Rusdi Ramli mengakui dia kini lebih memilih dalam menerima tawaran lakonan.

Dalam hal ini, Rusdi, 51, berkata dia selesa bekerjasama dengan pengarah yang lebih terbuka menerima pandangan dan idea daripada pelakon.

"Saya sebenarnya lebih selesa bekerja dengan pengarah yang sering bekerjasama, bukan apa kerana sudah biasa dengan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Disiplin tiada, skrip tak hafal... zaman followers” - Makin ramai artis senior hentam sikap pelakon baharu ‘bajet bagus’

"Saya bukan jenis pelakon yang mengkaji watak yang diamanahkan dengan karakter yang sedia ada. Oleh itu, saya lebih suka pengarah yang tahu apa yang mereka mahukan dan terbuka menerima idea dan pendapat.

"Apabila ada keserasian itu ada lebih memudahkan kita untuk berbincang bagaimana hendak menjayakan watak yang diberikan," katanya kepada mStar.

Rusdi berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media drama Ali Alia yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

rusdi ramli 1

Rusdi terbuka bekerjasama dengan mana-mana pengarah baru.

Meskipun begitu, pelakon filem Waris Jari Hantu ini berkata dia sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pengarah baharu.

Lebih-lebih lagi dalam meneruskan kelangsungan hidup yang mendesaknya untuk tidak terlalu memilih tawaran lakonan yang diberi.

Untuk ubah karakter tu, saya akan lepaskan kepada pengarah, apa dia mahu saya akan sampaikan!

RUSDI RAMLI

PELAKON

"Tidaklah bermakna saya hanya menerima tawaran daripada pengarah yang sama saja. Ada juga saya menerima pengarah baru dan belum pernah saya bekerjasama, sebab belum cuba belum tahu.

"Cuma pengarah yang lebih terbuka dalam melontarkan idea membuatkan saya lebih seronok bekerja. Hendak memilih sangat pun ketika ini tidak boleh, saya sendiri mempunyai keluarga dan tanggungan," ujar Rusdi.

Sementara itu, Rusdi berkata dia sentiasa mencabar dirinya untuk memberi kelainan terhadap setiap karakter yang diberikan.

rusdi ramli 2

Rusdi suka bekerjasama dengan pengarah terbuka terima idea.

Ini kerana dia enggan watak yang diberikan kelihatan sama dalam setiap karya.

"Semuanya bergantung pada skrip... saya ikut sahaja! Kadang-kadang apa kita fikir sebagai pelakon tak sama dengan apa pengarah fikir. Jadi lebih baik kita berbincang dahulu.

"Untuk ubah karakter tu, saya akan lepaskan kepada pengarah, apa dia mahu saya akan sampaikan... tapi saya terbuka mereka menegur jika tak sama seperti apa mereka mahukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, drama arahan Heykal Hanafiah berjudul Ali Alia mula bersiaran di Astro Prima pada 24 Ogos lalu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain