suria

Anak Harry Khalifah, Chombi cari hero MV 'Sayunk I Love You'… rupa-rupanya ramai nak cuba nasib! - “Tak handsome tak apa... janji manis”

Chombi cari hero untuk bergandingan dengannya dalam MV baharu kelak.

BAKAL muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi, anak kepada penyanyi dan komposer terkenal Harry Khalifah iaitu Chombi sedang mencari hero yang bakal bergandingan dengannya dalam video muzik (MV) lagu tersebut.

Menurut Chombi atau nama sebenar Siti Maryam Ahmad Sairi, 14, ramai menghantar penyertaan dan ingin mencuba nasib menjadi kekasihnya dalam MV tersebut.

Tidak menyatakan ciri-ciri lelaki yang dicari, Chombi memberitahu dia meletakkan kepercayaan kepada bapanya untuk menentukan siapa lelaki bertuah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis Apak Khalifah terkejut ‘stranger’ mesej ajak kahwin - “Saya beritahu masih bawah umur, tak boleh lagi”

"Sekarang masih lagi dalam proses mencari pelakon MV. Saya ikut sahaja pilihan ayah... katanya tak handsome tak apa, janji sedap mata memandang.

"Yang penting manis. Tentang lelaki yang dicari itu biarlah emak dan ayah yang tentukan... Chombi sebagai anak ikut je apa yang terbaik.

chombi 1

Ramai cuba nasib nak jadi pelakon MV Chombi.

"Memang ramai yang hantar profil nak cuba nasib tapi buat masa sekarang belum ada kata putus lagi. Kita tengoklah nanti siapa lelaki bertuah yang akan menjadi hero dalam MV itu," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram Chombi ada berkongsi poster pencarian hero MV lagu terbaharunya berjudul Sayunk I Love You.

Saya memang dah bersedia nak masuk sekolah balik, dah berbulan belajar di rumah sampai otak pun dah beku!

CHOMBI

PENYANYI

Lagu ciptaan Harry Khalifah itu sudah selesai proses rakaman studio dan kini sedang menanti kebenaran untuk penggambaran MV.

Bercakap mengenai sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dilaksanakan sepanjang musim pandemik Covid-19, pelajar tingkatan dua ini memberitahu dia tidak sabar untuk kembali ke sekolah bertemu rakan-rakan.

chombi 2

Chombi tak sabar mahu memulakan sesi persekolahan.

"Setiap hari ada kelas online... tak ada masalah untuk belajar tapi ada kekurangan untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan lebih daripada guru.

"Saya memang dah bersedia nak masuk sekolah balik, dah berbulan belajar di rumah sampai otak pun dah beku... rindu nak jumpa kawan-kawan.

"Tapi dalam keadaan sekarang ni, kes pun masih tinggi mungkin perlu dipertimbangkan keperluan untuk ke sekolah walaupun hati memang terlalu rindu nak ke sekolah. Sama-samalah kita doakan Covid-19 ini cepat berakhir ya," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain