suria

Peminat teruja Syabil kongsi foto dengan Iman Troye, restu kalau jadi pasangan kekasih - “Saya dah anggap dia macam adik”

Syabil berkawan rapat dengan Iman Troye dan menganggap seperti adiknya.

TINDAKAN penyanyi baharu Syabil memuat naik foto bersama Iman Troye di laman Instagram mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat dan netizen.

Kemesraan mereka berdua menimbulkan pelbagai persoalan sehingga ada yang menyangka Syabil atau nama sebenar Muhammad Syabil Iman Zulkufli, 20, merupakan kekasih penyanyi lagu Teman itu.

Menafikan tentang gosip itu, Syabil berkata dia dan Iman berkawan baik dan sudah menganggap penyanyi berusia 18 tahun itu seperti adiknya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu dah ‘meletup’ tapi Iman Troye takut masuk AJL - “Saya rasa tak bersedia lagi, masih muda untuk semua ini”

"Ya saya memang rapat dengan Iman tapi bukan ada hubungan istimewa pun, hanya kawan sahaja tak lebih dari itu... saya pun dah anggap dia macam adik.

"Kami kenal sejak dua tahun lalu dan selesa berkawan. Iman dan saya memiliki perangai yang sama... kami berdua gila-gila. Foto yang saya kongsi di Instagram itu kerana memenuhi permintaan pengikut yang mahu tahu siapa penyanyi yang saya ingin berduet.

syabil 3

Syabil minat menyanyi sejak usia 14 tahun.

"Jadi saya tunjuklah gambar dengan Iman. Cumanya buat masa ini belum ada lagi perancangan itu, tapi saya okay sahaja jika satu hari nanti dapat bergandingan dengan Iman.

"Dia seorang penyanyi yang hebat, semestinya saya teruja jika dapat bekerjasama dalam satu lagu," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, menerusi Instagram, Syabil memberitahu dia memilih Iman Troye sebagai rakan duetnya dalam lagu akan datang.

Namun, lain pula jadinya apabila ada pengikut berpendapat Iman bukan sahaja sesuai bergandingan dalam lagu, malah mereka juga serasi jika menjadi pasangan kekasih.

Alhamdulillah buat masa ini lagu L.O.V.E mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai lapisan pendengar!

SYABIL

PENYANYI

Dalam perkembangan lain, Syabil kini sedang giat mempromosikan single keduanya berjudul L.O.V.E.

“Alhamdulillah buat masa ini lagu L.O.V.E mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai lapisan pendengar. Ini kerana muzik lagu ini sangat segar selain mengikut citarasa pada masa kini.

"Sebenarnya lagu ini saya ilhamkan daripada lagu Let Me Love You nyanyian Justin Bieber yang bagi saya sangat realistik. Pendekatannya dalam lagu terbabit sesuai dengan apa yang saya mahukan dalam lagu L.O.V.E.

"Melodinya yang bagi saya cukup bertepatan dengan mood lagu serta cerita pada setiap bait-bait liriknya. Terus-terang, saya memang sangat berpuas hati dengan penghasilan lagu ini," katanya.

Mengimbau kembali cabaran semasa proses rakaman, Syabil berkata segala usaha yang dilakukan itu memberikan hasil yang memuaskan seperti diharapkan.

syabil 1

Syabil mahu serius dalam industri muzik tanah air.

"Keseluruhan pembikinannya cukup menyeronokkan namun tidak ketinggalan ada juga cabaran sukar yang saya alami. Ada beberapa bahagian yang saya perlu berikan usaha keras untuk memastikan ia menjadi.

"Ada juga perlaku perubahan saat akhir pada bahagian lirik dan melodi sewaktu baru memulakan rakaman.

"Tapi saya anggap cabaran itu menmberikan saya lebih pengalaman untuk meneruskan karier dan menambah semangat saya untuk bergelar seorang penghibur,” katanya.

Sebelum ini, Syabil pernah menganggotai kumpulan The Five Music yang pernah tampil dengan lagu berjudul Iman Mutiara 2020.

Dia juga pernah muncul dengan single berjudul Terguris pada November 2020.

L.O.V.E boleh didengari menerusi semua platform digital dan saluran YouTube Syabil Zulkufli.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain