BERANG dituduh menggunakan duit abangnya Allahyarham Abam Bocey, pelawak Ali Puteh memberi tempoh beberapa hari lagi kepada individu yang melemparkan fitnah untuk tampil bersemuka dengannya. Sudah mempunyai nombor telefon individu itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia akan membuat laporan polis jika tiada sebarang respons daripada pihak tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh dah jumpa individu hina keluarga... tapi pandai bagi alasan orang lain yang buat! - “Di dunia mungkin terlepas, tapi tidak di akhirat” "Fitnah yang dia lemparkan kepada saya itu terlalu besar sebab melibatkan duit arwah Abam. Saya beri dia masa lagi sehari dua ini untuk dia datang berjumpa saya. Ali kongsi paparan skrin komen individu tersebut. "Ada hamba Allah sudah berikan nombor telefon dia pada saya tapi buat masa sekarang ini, saya tak akan hubungi dia lagi sebab nak tengok tindakan dia seterusnya. "Kalau tak ada respon, saya akan bawa ke balai polis macam mana yang saya buat sebelum ini. Tapi pastikan jangan bagi alasan akaun kena godam," katanya kepada mStar. Sebelum ini, Ali memuat naik paparan skrin komen individu yang mendakwa dirinya menggunakan duit arwah abangnya untuk mengusahakan kebun durian. Masa tinggalkan komen fitnah macam itu, tak takut pula? ALI PUTEH PELAWAK Menerusi kapsyen di perkongsian itu, Ali mengajak individu tersebut untuk bersemuka dengannya dan menunjukkan bukti atas dakwaan tersebut. Dalam pada itu, Ali meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir netizen yang gemar meninggalkan komen negatif dikala negara berdepan dengan pandemik. "Sepatutnya dalam keadaan sekarang negara dilanda pandemik Covid-19, kena la muhasabah diri... fikir soal keluarga dan soal kematian yang semakin dekat. "Ini tidak... komen benda yang tidak betul dan suka hati saja nak lemparkan fitnah sebegitu. Bila saya periksa, sekarang gambar profile dah bertukar. Ali bersama isteri dan anak-anak di kebunnya. "Kenapa takut pula? Masa tinggalkan komen fitnah macam itu, tak takut pula? saya sarankan netizen berhentilah menghentam bukan pada saya saja, tapi artis lain juga," ujarnya. Untuk rekod, ini bukan kali pertama Ali berdepan dengan tuduhan dan dakwaan berhubung harta peninggalan arwah Abam, malah kes melibatkan isu itu masih dibicarakan di mahkamah. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia pada 9 Februari tahun lalu akibat demam panas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!