suria

[VIDEO] Kongsi sijil vaksin zaman Uthmaniah, PU amin ‘berperang’ dengan anti vaksin - “Tak nak ambil awak punya masalah, jangan hasut orang”

TINDAKAN pendakwah pencetus ummah (PU) Amin berkongsi sijil vaksin zaman kerajaan Uthmaniah menerima pelbagai reaksi netizen yang segelintirnya menganggap pendapat itu sebagai tidak relevan pada situasi sekarang.

Tampil menjelaskan perkara tersebut, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 30, berkata, apa yang dilakukan itu hanya untuk memberi gambaran betapa pentingnya pengambilan vaksin atau bahan pelali bagi membendung penularan sesuatu wabak.

"Kalau tengok pada post yang saya kongsi tu saya nak menunjukkan sebenarnya bahawa pengambilan vaksin ataupun rawatan mencegah wabak menggunakan vaksin telah diamalkan sejak 1900 masihi.

ARTIKEL BERKAITAN: Foto PU Amin bergambar dengan Instafamous seksi undang fitnah, tak hormat ustaz - “Dakwah bukan sekadar di masjid dan surau sahaja”

"Masa tu pun penciptaan vaksin telah wujud. Ini adalah hak saya untuk bercerita manfaat vaksin, saya tak kata vaksin tu menyembuhkan, yang menyembuhkan Allah.

"Tapi kita bercerita pasal manfaat vaksin tu hak kita la, sama macam mereka bercerita tentang darurat vaksin," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, netizen mempertikaikan perkongsian PU Amin pada Ahad dengan menyifatkan tidak adil untuk menyamakan vaksin di zaman tersebut dengan vaksin Covid-19 pada ketika ini.

Sementara itu, PU Amin meluahkan rasa kesal dan kasihan kepada mereka yang menolak suntikan vaksin terutama yang terpengaruh dengan berita tidak sahih.

Tak nak ambil awak punya masalah, tapi jangan hasut orang, jangan cerita ini dajjal... ini fitnah

PU AMIN

PENDAKWAH SELEBRITI

"Sebenarnya anti vaksin dan yang ragu-ragu dengan vaksin ini kasihan sebab terpengaruh dan banyak mendengar berita-berita yang tak tepat.

"Contohnya daripada orang yang tafsir mimpi atau daripada mesej yang disebar tiada asas.

“Tak nak ambil awak punya masalah, tapi jangan hasut orang, jangan cerita ini dajjal... ini fitnah,” katanya.

Selain itu, PU Amin juga isu mengatakan terdapat sumber haram dalam vaksin adalah tidak berasas berikutan ia hanya pendapat daripada pihak luar yang tidak tahu kesahihannya.

PUMIN

PU Amin memberi gambaran pentingnya pengambilan vaksin ketika ini.

Malah, dia turut menolak dakwaan pengambilan vaksin disamakan dengan menolak amalan makanan sunnah Rasulullah.

"Vaksin memang tak boleh mencegah seratus peratus tapi ia menjadi pelindung kita pada waktu ini, mungkin pada masa akan datang kalau kena cucuk lagi kita cucuk je la.

"Tidak ada pihak yang berautoriti seperti Jakim, hub halal, pengkaji ubat halal haram yang mengatakan ada benda yang haram dalam vaksin.

"Kalau ada pun datang daripada persepsi atau pandangan pihak tertentu yang bukan daripada pihak autoriti.

"Ada yang kata kalau kita ambil vaksin kita menolak amalan sunnah. Tidak juga, saya sendiri makan makanan sunnah, makan madu, makan habatus saudah, minyak zaitun dan tetap ambil vaksin," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain