JIKA mengikut perkiraan di atas kertas, kira-kira 50 hari lagi selebriti media sosial Ryzal Ibrahim bakal bergelar bapa kepada seorang bayi perempuan. Menurut Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim, 29, dia dan isteri, Maryam You Narae, 29, berdebar dan teruja menanti kelahiran bayi pertama mereka sekitar Oktober depan. "Alhamdulillah kami semua sihat, bayi dalam kandungan pun sihat. Baru dua tiga hari lepas bawa Maryam buat pemeriksaan.ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 bulan balik Malaysia, Ryzal Duriankimchi perjelas kenapa masih tak balik Kelantan selepas nikah di Korea Selatan - “Rindu nak cium tangan mama” "Sekarang ni kandungan dah masuk bulan kesembilan. Hasil pemeriksaan saiz dan berat pun normal... baby ikut muka ayahnya," kata Ryzal berseloroh ketika dihubungi mStar. Bercerita tentang pengalaman menjaga isteri hamil, Ryzal berkata semuanya lancar sehinggalah baru-baru ini Maryam menyatakan hasrat untuk menikmati makanan Korea yang sukar diperolehi di negara ini. View this post on Instagram A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm) "Baru semalam dia mengidam nak makan ikan pari mentah yang diperap selama berbulan-bulan. Ikan tu bau dia macam ubat yang digunakan untuk perm rambut di salon. "Sejak mengandung ni dia kerap teringin nak makan makanan Korea je, sebab tu saya pindah rumah dekat dengan restoran Korea... senang nak keluar belikan untuk dia. "Saya beruntung sikit sebab Maryam tak banyak sangat ragam. Setakat ni tak pernah lagi dia minta makanan pelikpelik pukul 2 atau 3 pagi," katanya. Saya beruntung sikit sebab Maryam tak banyak sangat ragam RYZAL DURIANKIMCHI SELEBRITI MEDIA SOSIAL Sementara itu berkongsi tentang persediaan menyambut cahaya matanya itu, Ryzal berkata kelengkapan seperti pakaian dan barang keperluan sudah disediakan lebih awal. "Barang bayi kami dah beli kecuali stroller dan carseat. Ada juga beberapa barang keperluan lain kami dapat sponsor," katanya. Untuk rekod Ryzal dan Maryam yang popular dengan saluran YouTube Duriankimchi berkahwin pada 16 Ogos 2019, di Masjid Itaewon, Seoul di Korea Selatan. Ryzal dan Maryam berkahwin pada 16 Ogos 2019. Pasangan ini kembali menetap di Malaysia sejak September tahun lalu. Pada April lalu Maryam dan Ryzal tampil menjadi pengacara rancangan memasak di TV3 berjudul ‘Apa Nak Masak Ni’ yang berjaya menghiburkan penonton dengan gelagat mereka bersama selebriti jemputan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!