suria

[VIDEO] Shuk Sahar buka kedai kopi tepi jalan, kontroversi rumah tangga tak patahkan semangat untuk cari duit

BUKAN mudah untuk mendapatkan semangat bagi memulakan perniagaan ketika diri sedang dilanda kontroversi rumah tangga namun pelawak Shuk Sahar tetap bersyukur atas sokongan daripada rakyat Malaysia.

Pernah dikecam gara-gara terpalit dengan isu curang, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata perniagaan kafe minuman miliknya iaitu Semooth Cafe tidak terjejas dengan apa yang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuk Sahar nak lawan! Tak tahan tuduhan bekas kekasih, lantik peguam untuk bela diri - “Segala dakwaan adalah tidak benar”

“Sebenarnya empat bulan pertama memang agak mencabar sebab kena keluar duit sendiri dan saya sendiri terpaksa turun pergi rumah ke rumah untuk buat kejutan hari lahir kepada pelanggan yang membeli minuman.

“Alhamdulillah... orang Malaysia semua baik-baik. Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong. Malah, kawan-kawan saya pun ramai yang beri sokongan datang ke gerai saya.

Shuk membantu isterinya menyiapkan minuman pelanggan.

Shuk membantu isterinya menyiapkan minuman pelanggan.

“Perniagaan saya, Alhamdullilah tak terjejas pun dengan kontroversi yang berlaku dan Alhamdulillah juga kemelut yang berlaku pun sudah berakhir,” katanya kepada mStar.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minumannya, SemootNgopi di Denai Alam, Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Sebelum ini, Shuk berdepan dengan kontroversi apabila dia didakwa berlaku curang terhadap isterinya dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Bila mereka tengok saya cuba buat sesuatu yang lain (berniaga) bersama keluarga, mereka lebih mendoakan dan menyokong.

SHUK SAHAR

PELAWAK

Sekitar awal Ogos lalu, konflik itu seakan-akan tidak berpenghujung apabila wanita terbabit mendedahkan satu salinan laporan polis berhubung dakwaan kes cabul melibatkan pelawak itu.

Enggan membiarkan dakwaan serius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau dikenali sebagai Sera membuat laporan polis terhadap Fara di Balai Polis Setapak, Kuala Lumpur pada 1 Ogos lalu.

Dalam pada itu, bercerita tentang perniagaan baharunya, Shuk yang membuka sebuah gerai kecil menjual air kopi di tepi jalan itu berkata, bisnes tersebut juga bertujuan membantu orang ramai yang terminat untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil.

Isteri Shuk yang memberi idea untuk membuka gerai minuman kopi di tepi jalan.

Isteri Shuk yang memberi idea untuk membuka gerai minuman kopi di tepi jalan.

“Idea untuk buka kedai kopi ini daripada isteri saya yang sememangnya minat dalam bidang perniagaan. Kita tengok ramai peminat kopi ni, jadi datanglah idea untuk buat kedai kopi tepi jalan.

“Bila dia bagi idea, saya bincang dengan rakan kongsi untuk buka kedai kecil macam ni. Selain itu, kami juga membuka peluang kepada peniaga kecil. Sebagai contoh, mereka ada modal kecil untuk mula berniaga.

“Jadi, kita bantu peniaga kecil dengan hanya bermodalkan RM4,000, mereka boleh buka kedai kecil dan kami akan sediakan sembilan jenis kopi dan satu air berperisa coklat untuk mereka terus mula berniaga,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain