KEBIASAANNYA seseorang selebriti tidak kira lelaki atau perempuan sering diajukan soalan tentang soal jodoh. Namun lain pula perihalnya dengan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha apabila rata-rata peminatnya tidak 'mengizinkan' dia untuk berumah tangga buat masa ini. Luahan itu muncul selepas Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 28, berkongsi foto berbaju kebaya yang digayakan sempena hari pernikahan adik perempuannya pada 2 September lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan patah hati, Daiyan Trisha belum sedia bercinta lagi - “Aedy Ashraf hanya kawan rapat” "Adik saya kahwin... dulu," tulisnya ringkas mengiringi posting berkenaan. Perkongsian Daiyan itu ternyata mengundang pelbagai komen lucu dan usikan daripada peminat. View this post on Instagram A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha) "Kakaknya kena lambat sikit la, nanti ramai yang patah hati. "Daiyan jangan kahwin lagi nanti saya broken. "Sabar la kakak.. keluar single dan keep on keluarkan single," kata beberapa netizen. Ciri-ciri yang saya cari mestilah yang kelakar, pandai, soft-spoken, bercita-cita, beradab dan setia DAIYAN TRISHA PELAKON Sementara itu Daiyan ketika dihubungi mStar seakan turut sependapat dengan peminatnya agar tidak terburu-buru untuk berkahwin. "Saya masih single, tak ada plan nak kahwin dalam masa terdekat pun... nak fokus kerja dulu. "Mungkin akan terus keluarkan single terbaharu kot," katanya yang baru melancarkan single berjudul Penat pada pertengahan Ogos lalu. Bagaimanapun Daiyan sempat berkongsi tentang ciri-ciri jejaka yang diidamkannya sebagai calon suami. "Ciri-ciri yang saya cari mestilah yang kelakar, pandai, soft-spoken, bercita-cita, beradab dan setia. Daiyan berkongsi pendapat tentang siri popular Money Heist. "Saya memang tak suka lelaki yang sejenis follow ramai perempuan di Instagram dan suka like gambar perempuan lain," katanya. Dalam perkembangan lain, Daiyan sempat bercerita tentang siri popular Money Heist musim kelima yang mula distrim sejak 3 September lalu. Kata Daiyan sebagai salah seorang peminat siri yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu, dia kagum dengan jalan cerita yang diketengahkan. "Saya suka sebab ia sangat menarik, storyline cerita ini buatkan kita nak terus tengok. "Karakter kegemaran saya semestinya Tokyo dan Berlin. "Andai kata saya menjadi sebahagian daripada pelakon siri ini, saya akan guna nama Venice," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!