suria

Janna Nick kena ‘boo’, bengang diejek sakit mental... kecil hati komen melampau - “Jadi netizen semua benda boleh cakap!”

Janna minta netizen berfikir dahulu sebelum menulis sesuatu komen.

KESAL isu sakit mental dijadikan bahan gurauan, pelakon Janna Nick meminta netizen untuk tidak keterlaluan dalam menulis di ruangan komen Instagram miliknya.

Kata Janna, 26, meskipun bergelar seorang selebriti dan sering mendapat perhatian umum, dia juga sama seperti manusia biasa yang punya hati dan perasaan.

"Kenyataan sekarang ni, jadi artis saja tak boleh cakap benda yang salah, jadi netizen semua benda boleh cakap, semua benda boleh ulas... kita ni tak payah ada perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju terselak nampak dada, Janna Nick ‘pejam mata’ baca komen nakal netizen - “Saya bukan jenis kalau upload akan delete”

"Kadang-kadang tak faham macam mana boleh ada manusia pergi ke akaun orang, gigih komen benda-benda teruk nak menyakitkan hati orang lain.

"Saya ni pun pengguna sosial media juga tapi tak ada la sampai pergi akaun orang rasa nak komen dan kritik.

"Tak suka abaikan sahaja... bukan untuk netizen saja, semua oranglah! Tolonglah ada sikit sifat kemanusiaan dalam diri korang," katanya menerusi Instastory.

janna nick 4

Janna kongsi luahan hatinya di Instastory.

Dalam perkongsiannya itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini turut memuat naik paparan skrin komen seorang netizen yang menyindir dirinya sebagai seorang pesakit mental.

"Janna Nick orang sakit mental... buuu," tulis seorang pengguna Instagram.

Dalam hal ini, Janna berkata gangguan mental bukan hal yang boleh dijadikan bahan gurauan atau ejekan.

Saya akan buat apa yang boleh buat saya gembira... hidup saya lagi penting dari komen-komen negatif korang tu!

JANNA NICK

PELAKON

Dia yang pernah mengaku menghidap bipolar sebelum ini berkongsi dengan peminat tentang hal itu kerana mahu masyarakat ambil peduli mengenai bahaya penyakit itu.

"Sebab tu aku beritahu masyarakat dulu aku ni ada bipolar, bukan sebab nak perhatian korang tapi sebab nak beritahu... orang yang nampak happy dan gelak-gelak pun boleh ada mental illness.

"Bukan yang pakai baju compang camping saja mental dan mental illness tak semestinya gila," ujarnya.

janna nick 2

Janna abaikan komen negatif netizen.

Enggan membiarkan kecaman itu terus mengganggu emosinya, Janna memberitahu dia tidak ambil pusing dengan kata-kata negatif yang dilemparkan netizen.

"Saya akan buat apa yang boleh buat saya gembira... hidup saya lagi penting dari komen-komen negatif korang tu!

"Post saja apa yang korang nak post, abaikan negatif komen," katanya.

Kebelakangan ini nama Janna Nick menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial kerana pemakaiannya yang dikatakan seksi.

Walapun dikecam, Janna berkata dia tidak akan memadamkan foto terbabit di Instagram kerana ia dikongsikan atas pilihannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan