suria

Bukan Alif Satar saja teruja... kru produksi belakang tabir pun lega boleh kerja semula - “Harap penonton happy tengok drama baru di TV”

Alif lega anak seni boleh bekerja semula.

PENYANYI dan pelakon Alif Satar bersyukur dan menarik nafas lega apabila kerajaan memberikan kebenaran kepada penggiat seni yang sudah lengkap menerima vaksinasi untuk kembali bekerja bermula Khamis lalu.

Menurut Alif, keterujaan itu bukan sahaja dirasai oleh barisan selebriti, malah ia turut disambut baik oleh kru produksi yang bekerja di belakang tabir.

"Memang saya cukup gembira apabila kerajaan mengumumkan kelonggaran kepada industri kreatif ini... bukan sahaja seronok untuk diri sendiri tetapi juga kru produksi yang terkesan.

ARTIKEL BERKAITAN: The Locos seronok bekerja dengan Alif Satar, dapat semangat buat persembahan satu kumpulan

"Selalu orang ingat industri kita ini hanya ada artis sahaja tapi sebenarnya ada beberapa lagi lapisan dan rantaian dalam bidang seni ini.

"Alhamdulillah, sekarang mereka dah boleh kembali melakukan pekerjaan yang mereka suka... dah boleh buat drama semula dan harap-harap penonton juga akan lebih happy bila tengok drama-drama baharu di televisyen,” katanya kepada mStar.

alif satar 2

Bukan sahaja pelakon, pekerja belakang tabir turut terkesan.

Penyanyi lagu I Want You To Love Me ini ditemui semasa sidang media TV9 Janji Happy yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Sebelum itu, kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif berkuatkuasa Khamis lalu.

Persetujuan untuk memberi kelonggaran berkenaan adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara termasuk hanya kepada penggiat dan pekerja yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.

Meskipun perlu patuh mengikut SOP yang ketat, namun Alif berkata kebenaran itu sudah cukup menggembirakan ramai penggiat seni yang sebelum ini terkesan kerana tiada sumber pendapatan.

Berita yang diumumkan kerajaan ini sudah cukup melegakan ramai anak seni, mereka berpeluang untuk kembali ke set penggambaran memulakan kerja!

ALIF SATAR

PELAKON

"Walaupun bukan dibuka sepenuhnya tetapi kebenaran kerajaan membenarkan penggambaran merupakan satu berita baik.

"Berita yang diumumkan kerajaan ini sudah cukup melegakan ramai anak seni, mereka berpeluang untuk kembali ke set penggambaran memulakan kerja.

"Kalau itu SOP yang diberikan oleh kerajaan kita kena ikutlah untuk terus bekerja, sesuai dengan norma baharu... kemungkinan Covid-19 ini bakal menjadi endemik, jadi kita kena hidup dengan virus ini,” ujarnya.

alif satar

Barisan selebriti digelar Rakan TV9.

Dalam perkembangan lain, Alif Satar menjalinkan kerjasama dengan TV9 bagi kempen Janji Happy yang merupakan salah satu pembaharuan yang dilakukan stesen televisyen milik Media Prima Berhad itu.

Selain Alif, empat lagi selebriti yang digelar Rakan TV9 ialah Datuk Rosyam Nor, Amyra Rosli, Naim Daniel dan pembaca berita Zharif Zhafri.

Alif turut diberi kepercayaan menyanyikan lagu jingle TV9 berjudul Janji Happy bergandingan bersama rakan penyanyi Naim Daniel.

Video muzik lagu ciptaan oleh John Jeeves, Firdaus Rahmat, Iqie Hugh dan Omar K ini boleh ditonton bermula pada 17 September ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain