suria

Usia cecah 54 tahun, Faizal Hussien akui sukar bersaing dengan hero muda - “Saya titik beratkan penampilan dan mutu lakonan”

Faizal lebih fokus untuk menjaga penampilan.

MENJENGAH usia 54 tahun, pelakon Faizal Hussein menjelaskan dia tidak mempunyai formula tertentu untuk kekal relevan dalam industri seni tempatan.

Faizal berkata, selain mengekalkan momentumnya sebagai pelakon, dia juga akan memastikan penampilan dan nilai eksklusifnya terus dijaga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa bayaran sama dengan Syafiq Kyle sedangkan saya berlakon lagi lama?” - Faizal Hussein

"Cara saya mengekalkan nilai eksklusif adalah dengan memastikan diri tidak memberikan semuanya secara 100 peratus.

Faizal 1

Faizal tidak mempunyai formula untuk kekal relevan dalam industri.

"Tiada formula rahsia, cuma itu yang saya terapkan dalam kehidupan. Pada usia begini, saya masih menjaga penampilan dan mutu lakonan sama dalam setiap projek.

"Bukan mudah sejujurnya untuk bersaing dengan aktor-aktor yang berkecimpung dalam bidang seni. Kita perlu seiring dengan peredaran zaman.

"Elemen-elemen begitu perlu dititik beratkan bagi mengekalkan momentum dalam bidang lakonan," kata Faizal kepada mStar.

Kita perlu seiring dengan peredaran zaman.

FAIZAL HUSSIEN

PELAKON

Faizal ditemui majlis sidang media virtual drama premium 12 episod yang berjudul I-Tanggang yang bakal menemui penonton bermula 13 September depan di Astro Ria.

Selain Faizal, drama premium ini turut menampilkan Sherie Merlis, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofea Jane, Rashidi Ishak dan ramai lagi.

I-Tanggang merupakan idea asal Wan Hasliza Wan Zainuddin yang mengupas isu kekeluargaan dekat dengan hati penggemar drama tempatan.

Faizal 2

Faizal teruja dapat berlakon dengan rakan seperjuangan.

Dalam pada itu, Faizal mengakui dia berasa bangga dapat bekerjasama dengan barisan rakan seperjuangan untuk drama tersebut.

“Sejujurnya saya berada berbangga berada sebaris dengan rakan-rakan seperjuangan untuk drama bersiri yang lain daripada yang lain ini.

"Di samping memberi pendedahan tentang realiti masa kini, kita turut mengupas mengenai masalah mental yang kian meruncing,” ujar Faizal.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain