PELAKON Zul Ariffin mengumumkan penarikan diri daripada semua pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 ABPBH34 yang dijangka berlangsung pada 13 November depan. Bagaimanapun kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, keputusan itu tiada kaitan dengan perubahannya dalam mendekatkan diri kepada agama. "Jangan risau, saya tidak akan bersara daripada berlakon atau berhijrah atau apa-apa.ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin bimbang terlebih ramah dengan heroin baharu, jadi bahan gosip - “Takut orang fikir bukan-bukan, kesian dekat mereka” “Buat masa ini hanya perlahan-lahan ingin menjadi yang terbaik daripada sebelum ni. “Saya bersiap sedia dan memanaskan enjin. Banyak lagi yang akan datang," katanya pada Sabtu. View this post on Instagram A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) Zul berkongsi hasratnya itu menerusi posting di Instastory. Baru-baru ini Zul menarik perhatian apabila dilihat kerap bertemu dengan personaliti dakwah, Ebit Lew. Menjelaskan lanjut tentang ABPBH 34, Zul berkata dia sudah memaklumkan kepada pihak penganjur berhubung penarikan pencalonan tersebut. Buat masa ini hanya perlahan-lahan ingin menjadi yang terbaik daripada sebelum ni. ZUL ARIFFIN PELAKON "Kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhamdulillah di sini saya nak beritahu dan umumkan yang saya dah tarik diri daripada semua pencalonan ABPBH 34. Dan saya dah huhungi pihak BH,” katanya. Sementara itu menerusi mesej kepada mStar, Pengurus Zul iaitu Afdal Shahizad berkata aktor berkenaan mahu fokus dan kembali aktif dalam bidang seni. “Zul ada maklumkan tahun ni akan fokus pada kerja-kerja yang tertangguh dahulu dan mahu ruang dan masa untuk kembali dengan filem dan drama baharu setelah lama berehat kerana PKP,” katanya. Penarikan diri Zul Ariffin tiada kaitan dengan perubahannya mendekatkan diri kepada agama. Untuk makluman nama pelakon Zul Ariffin tercalon dalam dua pencalonan iaitu kategori Gandingan Serasi Drama Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi. Malam kemuncak ABPBH 34 dijadual disiarkan secara langsung di TV3 pada 13 November depan dan dilakukan secara virtual dengan pematuhan ketat SOP ditetapkan MKN dan KKM. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!