suria

Man Raja Lawak lepas gian ‘dating’ dengan isteri, tunggang motor besar sampai Putrajaya - “Mula-mula kami sarapan roti canai kuah kari kambing di Keramat”

MAN RAJA LAWAK

SEJAK lebih banyak sektor sosial dan ekonomi terutamanya bagi negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi, timeline media sosial dipenuhi dengan pelbagai perkongsian.

Pelawak Man Raja Lawak juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi momen bahagia dengan isteri, Azlina Awaluddin sewaktu berkonvoi menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama enam lagi rakannya.

Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim, 44, berkata dia cuba menceriakan isterinya yang sudah lama berkurung di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wang simpanan semakin susut, Man Raja Lawak terpaksa hentikan bantuan - “Saya pun dah lama takda job, tapi saya usaha selagi boleh”

"Kita ambil peluang ni (kelonggaran kerajaan) untuk keluar dating... dalam masa sama nak hilangkan tekanan sebab dah lama sangat duduk rumah.

"Saya pilih untuk pergi ride dengan isteri untuk lepaskan gian. Saya bawa dia pergi sarapan roti canai kuah kari kambing di area Keramat dan lunch di Putrajaya.

MAN1

Man Raja Lawak gembira dapat luang masa bersama isterinya.

"Memang seronok, tengok wajah dia pun tahu dia happy. Saya sendiri rasa macam sedang dilamun cinta dengan isteri... rasa macam dalam filem Azura bawa awek kat belakang," katanya berseloroh kepada mStar.

Sebelum ini Man berkongsi foto mesra dia bersama isteri di Instagram ketika mereka melakukan aktiviti riadah berkenaan.

Cerita Man yang menetap di Selayang, Selangor, dia dan rakan-rakannya memilih untuk ke Putrajaya memandangkan lokasi berkenaan tidak terlalu padat dengan kehadiran orang ramai.

Saya sendiri rasa macam sedang dilamun cinta dengan isteri... rasa macam dalam filem Azura bawa awek kat belakang

MAN RAJA LAWAK

PELAWAK

Sungguhpun sudah diberi kebebasan untuk merentas daerah, namun Man tidak mahu terlalu berseronok hingga memudaratkan diri.

"Sekarang sekatan dah tak ada, tapi kita jangan ambil kesempatan pergi ke lokasi yang tak dibenarkan... kita kena ikut peraturan tu.

"Ride ke Putrajaya lebih tenang, saya takut lagi nak ke tempat sesak yang viral dan jadi tumpuan.

MAN2

Man berkunjung ke tempat awam untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP)

"Risau kalau kita jadi penyebab kepada penyebaran Covid-19," katanya yang sudah lengkap vaksinasi.

Sementara itu Man turut berpesan kepada orang ramai yang berkunjung ke tempat awam untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Kena sentiasa pakai mask, jangan lupa ikut SOP supaya kita semua terhindar wabak ini.

"Jangan sampai kelonggaran ni dibekukan balik. Ambil la peluang kemudahan ni dan kita kena patuhi nasihat kerajaan.

"Seperti saya, nak ride pun kena ikut peraturan. Tak boleh ride dengan skandal atau isteri orang... isteri sendiri tak mengapa," guraunya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain