PANGGILAN sayang yang diungkapkan aktor Yusuf Bahrin terhadap Zizi Kirana dalam satu rakaman yang tular pada awal September lalu nampaknya memberi isyarat hubungan mereka sudah memasuki fasa serius. Ini kerana pasangan itu dikhabarkan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan bulan depan. ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sah milik Yusuf Bahrin, rancang majlis resepsi Disember - “Hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah” ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh panggilan ‘sayang’, Zizi Kirana mengaku sudah dua bulan rapat dengan Yusuf Bahrin - “Saya tak letak harapan... takut kecewa” "Mereka telah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nikah)," demikian menurut sumber kepada mStar. Rakaman Yusuf memanggil Zizi 'sayang' menjadi tular. Malah Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis dirancang itu. Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada mereka berdua gagal apabila Zizi serta Yusuf tidak menjawab panggilan dan membalas mesej. Sebelum ini kecoh apabila tular rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan 'sayang' ketika mengadakan sesi Instagram Live (IG Live) pada awal September lalu. Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja. Zizi sebelum ini akui tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan Yusuf. Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun berkata dia enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka. Penyanyi lagu Eh ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram. Nikah Esok Sementara itu Zizi yang menghubungi mStar lewat malam Sabtu memaklumkan dia dan Yusuf bukannya bakal bernikah bulan depan seperti gosip bertebaran. Namun katanya, mereka akan bernikah lebih awal iaitu pada Ahad (esok) di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Majlis akad nikah dijadual berlangsung pukul 10 pagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!