suria

Ezlynn kini isteri penderma hati pertama negara, Wan Hafizam - “Saya dah janji dengan Allah nak jadi isteri yang taat”

Ezlynn sah bergelar isteri kepada penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail

SETAHUN lebih perkenalan, penyanyi Ezlynn bersyukur apabila sah bergelar isteri kepada penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada 11 September lalu.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 39, berkata, Wan Hafizam memiliki ciri-ciri lelaki idamannya dan yang paling penting mampu membimbing dirinya ke jalan Allah.

"Perkenalan kami bermula sejak bekerjasama, banyak buat kerja amal NGO. Kita start waktu Covid-19 mungkin setahun lebih kenal.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezlynn sedih diminta tukar hobi berbasikal

"Sepanjang bekerjasama, saya suka cara dia bekerja, dia pegang amanah yang diberikan. Saya rasa itu ciri-ciri yang saya cari untuk masa depan kerana saya lebih mencari akhirat.

"Jadi saya cari orang yang betul-betul amanah, tak berkira, tak kejar dunia dan memikirkan tentang akhirat," katanya kepada mStar.

Sementara itu, penyanyi Hi Hi Bye Bye ini berkata, dia masih berasa janggal melayari kembali alam rumah tangga selepas empat tahun bersendiri.

Kata Ezlynn, dia juga berazam untuk menjadi isteri yang taat dan membawa perkahwinan kedua ini kekal hingga ke syurga.

"So far Alhamdulillah, tapi masih kekok lagi sebab kalau sebelum ni nak keluar ke atau nak buat apa-apa saya just buat tapi sekarang saya kena minta izin dengan suami.

"Sebab saya dah janji dengan Allah saya nak jadi isteri yang taat, yang baik kepada suami. Saya jaga tapi masih kekok, saya memang idamkan syurga Allah,” ujarnya.

Saya cari orang yang betul-betul amanah, tak berkira, tak kejar dunia dan memikirkan tentang akhirat

EZLYYN

PENYANYI

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara dalam talian pada 11 September lalu dengan dihadiri keluarga terdekat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Perkahwinan ini kami buat online, my family semua dekat KL so takdelah gambar sangat dan nak umum kepada orang ramai," ujarnya.

Untuk rekod, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011 sebelum bercerai pada 2017.

Namun, perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ezlynn, Wan Hafizam, berkahwin

Artikel Lain