suria

Kena game! Iman Troye komplot dengan Naim Daniel bergurau naik pelamin tunang - “Tak sangka ramai percaya”

IMAN L

FOTO penyanyi Iman Troye duduk di atas pelamin sambil memegang bunga tangan yang dimuat naik pada Sabtu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Malah, tindakannya meletak pautan akaun Instagram Naim Daniel dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’ seolah-olah memberi gambaran dia mengikat tali pertunangan dengan penyanyi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruk dikecam netizen... Iman Troye akhirnya mohon maaf salah bual - “Saya akan cuba jadi lebih baik”

Bagaimanapun, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, menjelaskan ia hanya sekadar gurauan semata-mata.

"Sebenarnya semalam (Sabtu) hari abang saya bertunang. Sebelum post foto itu saya dah hantar pada Naim, tujuan nak komplot bergurau dan hanya mahu balas gurauan dia sebelum ni pasal cincin hari itu.

"Iman tag sejam lepas itu saya remove sebab nak elak orang salah faham," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Teman ini meminta maaf sekiranya ada pihak yang salah faham dan kurang senang dengan perkongsian tersebut.

Kata Iman dia tidak berniat untuk mengundang salah faham atau menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.

Tak sangka ramai yang percaya kami bertunang, kami hanya bergurau

IMAN TROYE

PENYANYI

"Tak sangka ramai yang percaya kami bertunang. Sebenarnya saya tak nak timbulkan kontroversi.

"Minta maaf kalau ada pihak terasa atau buat orang keliru. Keluarga kami tahu itu hanya gurauan,” ujarnya.

Iman turut menegaskan hubungannya dengan Naim hanya sebagai abang dan adik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain