LAIN kehamilan lain ragamnya, begitulah yang dilalui pelakon dan penari Alam Wakaka tatkala berdepan pengalaman pertama menguruskan isteri hamil. Cerita Alam atau nama sebenarnya Haslam Abdul Rahman, 35, isterinya Nurul Alisya Najwa Hazman mengalami perubahan emosi yang ketara sejak kebelakangan ini. "Saya tak ada pengalaman lagi nak jaga isteri mengandung, ni yang pertama jadi banyak benda saya tak tahu dan perlu bersedia. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Alam Wakaka buat ‘surprise’ hari jadi ke-35, sangka ada lipas tapi rupa-rupanya kit ujian kehamilan - “Mereka suruh buka kotak, saya ingat prank” "Sejak akhir-akhir ni dia selalu moody. Kadang-kadang mood dia okay, adakalanya sayu je... mungkin sebab pembawakan budak. "Saya kena buat lawak, kena jadi badut untuk ceriakan dia," katanya kepada mStar. Isteri Alam buat kejutan memberutahu dia hamil. Pada 14 September lalu Alam diberi kejutan dengan berita kehamilan Nurul Alisya sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-35. Kini kandungan isterinya berusia empat minggu. Bercerita lanjut tentang pengalamannya dalam tempoh trimester pertama ini, Alam berkata selain sering muntah-muntah isterinya juga menunjukkan sikap aneh. Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat ALAM WAKAKA PELAKON "Semalam berlaku kejadian paling pelik, masa saya lap motor dia tiba-tiba menangis depan pintu. Saya hairan kenapa ni, apa salah aku? "Isteri kata dia tak tahu tiba-tiba rasa nak menangis, menangis macam ada masalah yang besar pula tu. "Saya cuak sebab tak pernah tengok isteri menangis ni... jadi saya pujuk la, lama juga nak pujuk. Lepas itu apabila mood dah okay dia dah boleh gelak balik," katanya berseloroh. Tambah Alam, buat masa ini dia tidak membenarkan isterinya melakukan sebarang kerja rumah. "Buat masa ni saya yang masak, kemas rumah serta buat kerja-kerja harian sebab saya nak bagi dia rest dan tak buat benda berat. "Mengidam tu tak ada lagi, tapi dia suka nak pesan macam-macam makanan tapi tak makan. Masa birthday dia nak makan stik, saya bawa la, dia makan dua tiga suap je. Alam dan Najwa mendirikan rumah tangga pada 7 Mac lalu "Paling ketara sekali dia rindu ibu dia. Disebabkan sekarang masih ada larangan rentas negeri, tak boleh balik Johor jumpa keluarga. Dalam satu hari tu lima ke enam kali dia call mak dia dan mak saya," ujarnya. Untuk rekod Alam dan Najwa, 20, mendirikan rumah tangga di Pejabat Agama Segamat, Johor pada 7 Mac lalu. Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI