suria

Usia masuk 30 tahun, Azira Shafinaz mula langkah baharu... ceburi bisnes jual biskut

Azira Shafinaz mahu kerja lebih keras untuk capai impiannya.

MEMASUKI usia 30 tahun pada Ahad lalu, pelakon Azira Syafinaz memberitahu dia mahu menjalani fasa baharu dalam hidupnya dengan lebih baik.

Azira atau nama sebenarnya Azira Syafinaz Ramlan berkata, masih banyak perkara dan impiannya yang belum dicapai sama ada dari segi peribadi mahupun kerjaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip cinta Sharnaaz dan Azira Shafinaz makin panas... Shukri Yahaya syak dah masuk ‘first stage’

"InsyaAllah, saya bersedia untuk menempuhi fasa baharu ini dengan sebaik mungkin. Sebelum ini memang ada rasa bimbang sebab selalunya orang kata bila usia 30-an ini bermakna perjalanan baharu akan bermula.

"Tapi secara jujurnya bila sudah mencecah 30 tahun ini saya tak ada rasa apa-apa pun... sama sahaja.

"Kalau boleh saya berazam nak bekerja keras lagi, capai impian yang masih belum dapat termasuklah dalam karier seni," katanya kepada mStar.

Cik Manggis dan Sophia meraikan ulang tahun kelahiran Azira baru-baru ini.

Terdahulu, Azira menerusi Instagram berkongsi beberapa keping foto bersama teman-temannya ketika meraikan ulang tahun kelahiran bersama dua sahabatnya iaitu Cik Manggis dan Sophia.

InsyaAllah, saya bersedia untuk menempuhi fasa baharu ini dengan sebaik mungkin.

AZIRA SHAFINAZ

PELAKON & PENYANYI

Azira yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam berkata, fasa baharu itu turut menjadi permulaan buat dirinya menceburkan diri dalam bidang perniagaan biskut Cookie Ja yang diusahakan sejak Jun lalu.
242666111_398487791678674_1731884624666647813_n

Azira mula menjalankan perniagaan Cookie Ja sejak Jun lalu.

"Siapa yang rapat dengan saya, mereka akan tahu saya ni hantu cookies... setiap kali sambut hari raya, memang menjadi kewajipan untuk saya sekeluarga buat cookies ini.

"Jadi masa PKP hari itu, saya terfikir untuk ketengahkan perniagaan cookies. Masa awal-awal mulakan perniagaan, saya sendiri yang buat, tapi Alhamdulillah sekarang sudah ada pekerja sendiri.

"Bagi saya perniagaan ini sesuatu yang istimewa untuk saya dan sebab itu saya memilih tagline 'Talk 30 To Me' yang melambangkan pada usia 30 ini saya mulakan perjalanan hidup yang baharu dengan karier baharu dalam bidang perniagaan ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain