suria

Joy Revfa naik seram tengok fitnah kaitkan pendakwah, kongsi tip elak wanita tergoda - “Tak kira free hair atau berhijab tetap diganggu ”

Joy Revfa kongsi tip untuk wanita elak diri terjerumus maksiat dengan lelaki.

PERNAH diganggu lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah, usahawan kosmetik Joy Revfa menasihati golongan wanita sentiasa berwaspada dan tidak membuka jalan sehingga terjebak dengan maksiat.

Dalam hal ini, Joy atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 34, berkata wanita haruslah bijak mengelak daripada godaan nafsu yang akhirnya memakan diri.

"Disebabkan tahun ini tak henti-henti ada sahaja fitnah yang melanda golongan yang dihormati termasuklah bergelar ‘ustaz’, saya nak kongsi tip kepada wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa kena tempias kontroversi Da'i Syed, terima banyak mesej pertanyaan - “Dia gemar mengusik tapi tak sampai aniaya wanita”

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada niat sindir artis kahwin pendakwah tapi pengalaman lalu buat Joy Revfa serik

"Sebagai wanita haruslah mencegah daripada awal. Sekiranya anda tiba-tiba diganggu golongan yang gelarkan diri mereka pendakwah atau lelaki yang acah alim... tak kisah la popular atau tidak, jangan sesekali layan.

joy revfa 2

Joy nasihati wanita kawal diri supaya tidak terjerumus hubungan terlarang.

"Contohnya kalau dapat mesej waktu malam, jangan balas! Tunggu hari dah siang baru balas. Kalau mereka minta gambar yang bukan-bukan, balas saja... berdosa besar, ingat Allah SWT, ingat isteri anak-anak, dunia dah nak kiamat," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, menerusi Instagram Joy berkongsi beberapa tip supaya tidak diganggu lelaki hidung belang.

Kata Joy, pendakwah juga merupakan manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Jika diganggu sampai datang cari rumah, terus buat laporan polis!

JOY REVFA

USAHAWAN KOSMETIK

Justeru itu, menjadi tanggungjawab wanita berkenaan untuk mengelak daripada terjebak dengan hubungan terlarang yang boleh mencetuskan fitnah sehingga mencemarkan maruah.

"Jangan melayan atau terima apa-apa tawaran dia. Jangan bagi peluang sedikit pun untuk mulakan perbualan intim. Teknik ni saya dan kawan-kawan dah buat dan memang berkesan.

"Golongan ini pun manusia biasa... tak kiralah perempuan tu free hair ke berhijab labuh ke... tetap diganggu tapi tak semua yang bergelar ustaz berkelakuan macam ini.

joy revfa 1

Joy bersama anak lelakinya, Arryan Firdaus.

"Jadi kita kenalah berhati-hati sebab orang perempuan ni memang cepat tergoda dengan ayat lelaki yang nampak macam alim dan baik. Ingat kita perempuan jangan sesekali bagi ruang, mencegah lebih baik daripada mengubati.

"Kalau ikut cara tu, mesti tak akan diganggu, kalau rasa semak sangat sekat sahaja nombor mereka... jika diganggu sampai datang cari rumah, terus buat laporan polis," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada November tahun lalu, Joy pernah menyuarakan pendapat mengenai kewujudan segelintir pendakwah yang berperangai buruk.

Bekas isteri kepada penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun ini berkongsi pengalamannya berdepan dengan beberapa lelaki seperti itu.

Joy bagaimanapun berkata dia tidak menuduh semua pendakwah berperangai buruk, malah dia menghormati sikap beberapa pendakwah terkenal dan disegani ramai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain