suria

Kenal di Facebook, Sarah Fazny kini isteri tauke perabot - “Tipu la tak happy, bukan senang ayah bagi berkawan dengan lelaki”

Sarah Fazny terima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

DUA tahun perkenalan, penyanyi Sarah Fazny kini sah bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Mohd Zahieroun Zahid pada pagi Jumaat.

Sarah atau nama sebenarnya Maishara Fazny Mahadzir, 26, memberitahu dia memilih jejaka berusia 35 tahun itu kerana sikap matang dan menghormati orang tua yang ditunjukkan sepanjang perkenalan mereka.

Dia juga tidak menjangkakan hubungan yang bermula di laman sosial Facebook itu akhirnya membawa ke jenjang pelamin.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarah (Mentor Legend) Belum Sedia Bercinta Kerana 15 Beradik

ARTIKEL BERKAITAN: “Waras Lagi Kot Nak Buat Semua Tu” - Sarah Fazny

"Kami berkenalan di Facebook, suami saya ahli perniagaan yang membekal perabot terpakai.

"Kami tak jangka pun akan kahwin sebab tempoh perkenalan kurang dari dua tahun. Dia datang nak jumpa mak ayah supaya senang nak ajak keluar.

SARA1

Sarah tidak menjangkakan hubungan yang bermula di laman sosial Facebook akhirnya membawa ke jenjang pelamin.

"Saya suka dia sebab dia matang dan suka cara dia kendalikan sesuatu keadaan. Saya suka cara dia layan keluarganya dengan lembut dan sangat penyanyang," ujarnya kepada mStar.

Sarah yang juga bekas peserta Mentor Legend diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Bukit Indah Ampang kira-kira pukul 9.30 pagi Jumaat.

Acara akad nikah disempurnakan oleh bapa kandungnya, Mahadzir Mohd Ali selaku jurunikah dan wali.

Saya suka cara dia layan keluarganya dengan lembut dan sangat penyanyang,

SARAH FAZNY

PENYANYI

Sementara itu, penyanyi lagu Tak Mungkin ini meluahkan rasa syukur urusan membina masjid itu dipermudahkan walaupan hanya dua minggu melakukan persiapan.

"Sarah tak sangka akan bernikah pada usia 26 tahun, tapi jodoh datang awal.

"Tipu la tak happy, sebab ayah Sarah bukan senang nak bagi Sarah berkawan dengan lelaki. Alhamdulillah hubungan kami dipermudahkan dah keluarga restu.

SARA2

Sarah tertarik dengan peribadi suaminya yang hormat dan menghormati orang tua.

"Kami dapat tarikh nikah ini dua minggu lalu. Sepatutnya lebih awal tapi disebabkan PKP terpaksa tangguh sehingga tarikh yang ditetapkan," katanya.

Pada majlis itu, Sarah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sebentuk cincin.

Dia menyerahkan lima dulang hantaran dan berbalas tiga dulang daripada pihak lelaki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain