suria

Azhan Rani tenang je ‘Frontliner’ dikritik, tak sangka untuk tayangan Netflix - “Skrip ke laut dalam... boring”

Lakonan Azhan Rani dikritik netize di Facebook.

TERBUKA apabila lakonan dikatakan tidak menjadi, pelakon Azhan Rani mengakui berdepan cabaran ketika menjayakan watak dalam filem terbaharunya Frontliner kerana terpaksa berpanas dalam pakaian perlindungan diri (PPE).

Malah Azhan, 45, yang membawakan watak sebagai seorang doktor turut akur dengan selera penonton selain dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

"Saya tak nafikan apa yang orang cakap, setiap lakonan mungkin ada orang suka dan tak suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Giliran Azhan Rani pula ‘sound’ Zed Zaidi - “Selama ni aku dah bangga dah dia berlakon Sembilu”

"Cuma saya ambil positif kerana niat asal cerita tu untuk mengangkat tema semangat frontliners... kita hormat dan rasa terima kasih kepada mereka.

"Segala kelemahan tu saya mohon maaf dan mengakuinya. Saya memandang daripada sudut positif dan kalau kita tengok, ramai sahaja yang menerima dengan positif berbanding negatif," katanya kepada mStar.

azhan1

Komen reaksi netizen di facebook.

Azhan berkata demikian bagi mengulas komen netizen yang mempersoalkan kualiti filem berkenaan yang dikatakan tidak memuaskan sama ada daripada kekuatan skrip dan watak pelakon.

"Frontliner. Bukan tak nak sokong tapi tu lah entah apa-apa.

"Skrip kelaut dalam, boring, apa benda nak tunjuk entah dekat watak Azhan Rani. Korang rasa macam mana? Atau aku sorang je rasa macam ni?

Segala kelemahan tu saya mohon maaf dan mengakuinya

AZHAN RANI

PELAKON

"Tambahan... kalau tak ada watak Wan Maimunah, lagi teruk aku rasa. Wan Maimunah punya lakonan aku bagi 8/10," tulis netizen di Facebook.

Sementara itu, Azhan mengakui banyak kekurangan yang terpaksa dilalui ketika penggambaran filem berkenaan termasuk lokasi dan pakaian yang sepatutnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Nur ini menganggap kesulitan yang dilalui sebagai satu cabaran untuk mereka menjayakan filem berkenaan.

azhan4

Selain Azhan Rani, Achey Beto Qushairi juga membintangi filem tersebut.

"Masa penggambaran dilakukan, banyak benda yang terbatas dan kami tidak dimaklumkan ia akan ditayangkan untuk Netflix.

"Saya difahamkan banyak benda yang tak dapat... contohnya kami tak dapat hospital yang betul, polis dan askar bantuan yang betul. Sudahnya terpaksa buat baju polis sendiri.

"Banyak benda yang dirancang tak dapat, agensi kerajaan ketat dengan SOP," ujarnya.

Filem arahan Razif Rashid dan terbitan D Alpha Legacy ini mula ditayangkan di saluran Netflix bermula 30 September.

Karya yang mengangkat perjuangan petugas barisan hadapan ketika penularan Covid-19 sejak hampir dua tahun ini sebenarnya sudah disiapkan lebih setahun lalu.

Selain Azhan, filem ini turut menampilkan lakonan Emma Maembong, Beto Khusyairy, Farah Ahmad, Achey, Wan Maimudah dan Ashraf Muslim.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Azhan Rani, Frontliner

Artikel Lain