suria

Demi cari rezeki, Puteri Qaseh pelakon filem ‘Penunggang Agama’ segera cucuk vaksin - “Dapat tiga job tapi tolak... terlepas semua”

Putri Qaseh tak sabar untuk kembali ke set penggambaran selepas lengkap vaksinasi.

DEMI mahu kembali aktif dalam aktiviti seni, pelakon cilik Putri Qaseh tidak ketinggalan untuk segera menerima suntikan vaksin.

Ujar Qaseh atau nama sebenarnya Putri Syahadah Nurqaseh Izwandy, memandangkan dia mencari rezeki dalam bidang seni, remaja berusia 13 tahun itu perlu akur dengan syarat yang ditetapkan agar setiap pelakon dan kru terlibat mestilah lengkap vaksinasi.

"Saya baru terima dos pertama vaksin jenis Pfizer pada Khamis lepas. Saya ambil vaksin sebab nak mulakan penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani tenang je ‘Frontliner’ dikritik, tak sangka untuk tayangan Netflix - “Skrip ke laut dalam... boring”

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal di Facebook, Sarah Fazny kini isteri tauke perabot - “Tipu la tak happy, bukan senang ayah bagi berkawan dengan lelaki”

"Susah juga kalau belum vaksin, sebelum ni dapat tiga tawaran berlakon tapi terpaksa tolak sebab belum vaksin... terlepas semua," katanya kepada mStar.

Sebelum ini Qaseh turut berkongsi video dia menerima suntikan vaksin secara pandu lalu.

Tambah pelakon filem Penunggang Agama ini lagi, selain bagi memudahkan untuk kembali bekerja, dia juga mahu menyahut saranan kerajaan agar golongan remaja dan pelajar sekolah menerima suntikan vaksin.

Malah ibunya sendiri turut menggalakkan dia menerima suntikan pelali berkenaan untuk keselamatan diri dan orang di sekeliling.

"Saya ambil vaksin bukan sebab terpaksa... tak ada paksaan. Saya terima atas dorongan ibu.

Walaupun dah vaksin tapi saya masih risau sebab ia bukan jaminan untuk kita tidak dijangkiti Covid-19.

PUTERI QASEH

PELAKON

"Ahli keluarga yang lain pun sudah vaksin, ada yang dah lengkap dua dos. Alhamdulillah semuanya sihat.

"Syukur juga buat masa ni saya tak ada apa-apa kesan sampingan, harap semuanya okay je," katanya.

Dalam pada itu ujar Qaseh dia tetap akan mengutamakan kesihatan dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun sudah melengkapkan vaksinasi kelak.

put

Qaseh bakal muncul dalam filem Penunggang Agama 2 bermula 19 Oktober ini.

"Walaupun dah vaksin tapi saya masih risau sebab ia bukan jaminan untuk kita tidak dijangkiti Covid-19.

"Pergi penggambaran pun risau, tapi apa-apa pun perlu la ikut SOP seperti yang ditetapkan," katanya.

Berkongsi tentang kerjaya seni, Qaseh berkata filem Penunggang Agama 2 lakonannya akan menemui penonton di Astro First bermula 19 Oktober ini.

Filem seram thriller arahan Syafiq Yusof itu sebelum ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta.

Terdahulu, kerajaan membenarkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang layak menerima vaksin Covid-19 perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa sebelum diberikan suntikan itu.

Golongan itu hanya boleh menerima vaksin Covid-19 jika didaftar sebagai tanggungan atau 'dependent' dalam aplikasi MySejahtera oleh ibu atau bapa mereka.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain