suria

Meerqeen susah nak ‘move on’, tak suka jadi mangsa cinta dikhianati - “Saya bercinta untuk kahwin”

Meerqeen cuba cari pengalaman dalam bidang nyanyian.

PENGALAMAN putus cinta membuatkan pelakon yang kini bergelar penyanyi, Meerqeen lebih berhati-hati dalam soal mencari teman hidup.

Ujar Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 20, dia merupakan seorang lelaki yang sukar untuk move on dalam sesuatu perhubungan.

"Saya bercinta untuk kahwin dan tak suka orang lukakan hati dan perasaan saya... tak suka apabila dikhianati.

ARTIKEL BERKAITAN: Penat jawab soal kahwin, Meerqeen siap bagi ceramah! - “Dekat Luh Mahfuz dah tulis siapa jodoh kita, tak payah nak laju-laju”

"Sejujurnya saya seorang lelaki yang sukar nak move on. Dua tahun bercinta, dua tahun juga ambil masa nak move on.

"Bulan pertama selepas putus cinta tak rasa apa-apa, tapi selepas dua tiga bulan baru rasa sunyi," katanya kepada mStar.

merrqeen1

Meerqeen mahu fokus dalam kerjaya sebelum memikirkan soal jodoh.

Meerqeen ditemui ketika sidang media pelancaran single pertamanya berjudul Menunggu yang diadakan secara maya pada Jumaat.

Ditanya lanjut tentang kisah peribadi, bekas peserta Hero Remaja 2020 bagaimanapun berkata buat masa ini dia mahu fokus kepada kerjaya meskipun bekas kekasih pernah kembali untuk mengetuk pintu hatinya.

"Sekarang saya fokus kepada kerjaya dulu, tak nak fokus bercinta.

Sebelum jadi pelakon saya dah minat nak jadi penyanyi tapi masa tu rezeki tak sampai lagi.

MEERQEEN

PELAKON/ PENYANYI

"Saya tak suka cerita fasal relationship. Tapi ya... bekas kekasih ada datang kembali tapi saya dah move on dan tolak tepi benda tu, kerjaya adalah perkara utama," ujarnya.

Dalam pada itu bercerita tentang single Menunggu dan kerjaya nyanyian, Meerqeen berkata sejak daripada dulu dia memasang angan-angan untuk bergelar penyanyi.

Katanya peluang merakamkan single Menunggu menjadi platform untuknya menilai sejauh mana penerimaan orang ramai terhadap cabang seni berkenaan.

mere2

Meerqeen baharu melancarkan single pertama berjudul Menunggu.

"Sebelum jadi pelakon saya dah minat nak jadi penyanyi tapi masa tu rezeki tak sampai lagi.

"Sasaran saya ketika masuk industri adalah nak jadi penyanyi tapi rezeki tak salah alamat kerana saya jadi pelakon dulu.

"Jadi sekarang saya nak cuba cari pengalaman dan tengok macam mana penerimaan orang terhadap lagu saya. Tak salah cuba ambil risiko," katanya.

Tambah Meerqeen lagu Menunggu ciptaan komposer Aliff Iskandar ini mengisahkan cinta tidak kesampaian seorang lelaki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain