suria

Rupa-rupanya Syatilla sering tak balik rumah sejak hamil, Shaheizy Sam pula mengidam roti bakar! - “Kalau pergi kedai mamak saya pesan 10 set”

Shaheizy Sam memberi keselesaan kepada Syatilla sementara mengalami alahan.

SUAMI mana yang sanggup melihat isteri menanggung kepayahan dalam mengharungi tempoh kehamilan.

Begitu yang berlaku kepada pelakon Shaheizy Sam apabila dia mengambil keputusan untuk membawa isterinya, Syatilla Melvin serta dua anak mereka berpindah keluar daripada rumah.

Semuanya gara-gara alahan pelik yang terpaksa dialami Syatilla, 30, apabila dia sering mengadu berasa loya berada di rumah sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Syatilla Melvin alami alahan pelik, nak muntah tengok perabot rumah sendiri... Shaheizy Sam ‘offer’ pindah rumah atau duduk hotel

Bercerita tentang perkara itu, Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, berkata dia tidak sanggup membiarkan emosi isterinya terganggu lebih-lebih lagi ketika kandungan anak ketiga mereka itu masih dalam trimester pertama.

"Dia tak pernah jadi macam ni, waktu anak pertama dan kedua dulu semuanya okay je.

"Tapi sekarang ketika hamil anak ketiga ni dia asyik duduk melepek je atas sofa, tak ada mood nak borak.

"Apabila dia tengok rumah kami mood jadi tak baik... raya loya," katanya kepada mStar.

Kini Sam sekeluarga berpindah ke sebuah service apartment di Kuala Lumpur bagi memberi keselesaan kepada Syatilla menjalani tempoh berpantang.

Kata Sam lagi sepanjang mengalami alahan tersebut Syatilla dilihat jarang berada di rumah sebaliknya sering berada di pejabat dan di rumah adik-beradiknya yang lain.

Namun selepas dua malam berpindah, Sam bersyukur apabila Syatilla menunjukkan perubahan emosi yang lebih baik.

"Dia cakap nak cuba duduk kat sini untuk beberapa hari, kalau dah okey nanti kami balik ke rumah dan pantau perubahannya.

Dia tak pernah jadi macam ni, waktu anak pertama dan kedua dulu semuanya okay je.

SHAHEIZY SAM

PELAKON

"Syukur apabila dah keluar rumah ni dia jadi semakin baik... normal serta boleh berborak dan ceria.

"Sebelum ni saya jarang dapat jumpa dan uruskan dia sebab dia banyak habiskan masa buat kerja di pejabat. Apabila tak selesa dia dia pergi rumah adik atau kakak dia," katanya.

Ditanya sama ada Syatilla mempunyai keinginan atau mengidam makanan tertentu, Sam berkata buat masa ini isterinya belum membuat permintaan yang pelik.

Sebaliknya menurut Sam dia yang sering mengidam dan gemar makan roti bakar.

sam2

Sam tidak sanggup membiarkan emosi Syatilla terganggu lebih-lebih lagi ketika kandungan anak ketiga mereka itu masih dalam trimester pertama.

"Terus terang sejak Syatilla mengandung anak pertama sampai sekarang, saya selalu mengidam roti bakar. Kalau pergi kedai mamak saya akan pesan 10 set roti bakar.

"Apabila makan tu nikmat dia... ya Allah sedapnya. Tilla pula tak ada mengidam apa-apa lagi," katanya.

Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin pada 8 Februari 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain