suria

Sebulan bercinta, Yonnyboii kini tunang gamer - “Dia jenis yang caring walaupun clingy, setiap malam tanya saya buat apa”

Yonny bertunang dengan wanita pilihan hatinya Nik Nazira Narriman

SEBULAN bercinta, penyanyi rap Yonniyboii membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya influancer Nik Nazira Narriman pada Sabtu.

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 23, luah rasa syukur apabila majlis berjalan lancar seperti dirancang dengan mengikuti prosedur operasi standard SOP yang ditetapkan.

"Alhamdulillah majlis tunang berjalan lancar tadi. Kita buat majlis kecil-kecil je untuk ahli keluarga sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tiada tawaran kerja, Yonnyboii fikir macam mana nak ‘survive’ - “Ada kala rasa lemah semangat, down”

"Kami kenal lebih kurang setahun dan kami baru je bercinta dalam sebulan ni. Kami kenal pun dalam permainan video online kebetulan sebab kami ada minat yang sama.

"Niat saya bukan nak bawa untuk bercinta tapi nak ajak terus kahwin. Alhamdulillah keluarga kami masing-masing restu dengan hubungan kami," kata Yonny kepada mStar.

yonny6

Yonnyboii bertunang dengan influencer Nik Nazira pada Sabtu.

Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Yonny dan pasangan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Majlis pertunangan itu berlangsung di rumah keluarga Nik Nazira di Shah Alam, Selangor

Ditanya tentang tunangnya, Yonny mengakui tertarik dengan sifat peribadi Nik Nazira, 22, yang terlalu ambil berat tentang dirinya.

"Saya suka dia sebab dia ada ciri-ciri wanita yang saya minat. Dia jenis yang caring walaupun clingy.

"Dia caring fasal saya setiap malam akan tanya saya buat apa, ambil tahu fasal saya. Itu yang saya terbuka hati ingin bersama dengan dia,” ujarnya.

InsyaAllah majlis nikah dan sanding tahun depan pada 20 Januari 2022. Persiapan pun dah berjalan hampir 60 peratus siap.

YONNYBOII

PENYANYI

Tambah Yonny mereka merancang untuk melansungkan perkahwinan pada 20 Januari depan dan sudah membuat persiapan ke arah itu.

Penyanyi lagu Sakit ini juga berkata, dia tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan cintanya selama ini tapi menganggap ia perkara peribadi untuk dikongsi kepada untuk merahsiakan hubungan mereka.

"Saya bukan berniat untuk merahsiakan hubungan ni, tapi saya lebih suka untuk tidak menunjukkan life peribadi saya.

"InsyaAllah majlis nikah dan sanding tahun depan pada 20 Januari 2022. Persiapan pun dah berjalan hampir 60 peratus siap," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain