suria

Mark Adam disangka tukar kerjaya selepas tamat kontrak penyampai radio, ramai kongsi tip jadi pak guard!

Mark Adam bangga dapat memakai baju pengawal keselamatan.

GARA-GARA memuat naik foto memakai pakaian seragam pengawal keselamatan, peminat beranggapan pelakon Mark Adam sudah menukar bidang kerjayanya.

Menurut Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah, dia tidak terasa hati dengan komen netizen sebaliknya berasa bangga dapat memakai pakaian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak tanggungan... Mark Adam sedia cabar diri 'terjun' ke pelbagai bidang seni - “Saya fikir tanggungjawab terhadap keluarga di kampung”

ARTIKEL BERKAITAN: Bye Hot FM! Mark Adam dan Fizie ditamatkan kontrak - “Tak tahu macam mana rasanya bangun tidur pagi esok”

"Bila saya post gambar saya pakai baju security guard itu, memang ada netizen komen ingat saya memang sudah tukar bidang kerja.

Mark 2

Mark memegang watak sebagai pengawal keselamatan dalam sitkom Aeon.

"Ada yang komen itu doakan saya bekerja dengan baik. Orang ingat saya kerja sebagai pengawal keselamatan selepas berhenti dari stesen radio.

"Tapi saya tidak rasa kecil hati pun malah berbangga bila memakai baju pengawal keselamatan itu sebab terus rasa semangat," kata Mark kepada mStar.

Mark Adam ditemui ketika majlis ulang tahun Aeon yang ke-37 tahun di Aeon AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sejujurnya, watak itu bukan mudah untuk dilakukan.

MARK ADAM

PENYANYI & PELAKON

Penyanyi lagu Marry Me itu memakai pakaian pengawal keselamatan disebabkan wataknya dalam sitkom Aeon berjudul Sayap Bagimu yang akan ditayangkan di TV3.

Dalam pada itu, Mark turut mengakui bukan mudah untuk membawa watak pengawal keselamatan dan menganggap pekerjaan tersebut mempunyai disiplin yang tinggi.

"Untuk sitkom Aeon, saya memegang watak sebagai pengawal keselamatan. Sejujurnya, watak itu bukan mudah untuk dilakukan.

Mark 1

Mark Adam bergandingan dengan Alif Satar dalam sitkom Sayap Bagimu.

"Saya kena banyak buat research dan tanya pengarah macam mana nak bawakan watak itu. Bila saya post gambar di Instagram, ada juga pengikut yang share tip.

"Mereka yang bekerja sebagai security guard menegur saya macam mana cara yang betul memakai pakaian seragam itu dan disiplin.

"Sebenarnya kerjaya itu sangat berdisiplin. Saya sangat seronok dapat bekerja dengan watak ini," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain