suria

Kak KM patut bersyukur ramai tegur sebab sayang, Lufya Omar tak setuju iklan lucah - “Kekayaan boleh buat orang lupa”

Lufya berharap Kak KM dapat menerima teguran dan nasihat yang diberikan dengan hati yang terbuka.

ISU promosi produk secara keterlaluan di media sosial tanpa kawalan cukup membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ia boleh merosakkan pemikiran golongan bawah umur.

Bimbang aksi lucah semakin menjadi ikutan peniaga yang ingin melariskan produk, pelakon Lufya Omar berharap teguran terbuka para pendakwah sejak kebelakangan ini dapat dijadikan panduan dan iktibar.

Kata Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 36, adalah lebih baik jika para peniaga menggunakan kaedah yang lebih kreatif berbanding lucah dan memalukan.

ARTIKEL BERLKAITAN: “Maafkan itu boleh tapi kembali seperti biasa... memang tidak!” - Lufya Omar nasihat Fara Hanim Razak jaga imej muslimah, berhati-hati sebelum bercakap

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut berakhir... Lufya Omar, Dr Che Hafiz sah bercerai talak satu - “Harap tiada halangan jalan tanggungjawab sebagai bapa”

"Saya rasa tak perlu la buat macam tu (cara lucah) berniaga untuk tarik perhatian orang ramai. Lebih baik berniaga ikut cara Islam.

"Tak perlu lucah sebab agama kita tidak benarkan cara macam tu," katanya ketika dihubungi mStar.

Lufya sebelum ini menerusi ruangan komen di Instagram pendakwah bebas Asma Harun menyatakan kebimbangannya tentang budaya promosi produk secara keterlaluan di media sosial.

LUFYAA

Antara respon dan komen Lufya berhubung isu tersebut.

Komen berkenaan dibuat pada posting teguran Asma kepada usahawan sensasi Liana Rosli atau dikenali sebagai Kak KM yang sebelum ini kecoh selepas 'bertikam lidah' dengan pendakwah PU Syed.

Dalam pada itu Lufya berkata walaupun dia tidak begitu mengenali Kak KM secara dekat, namun mendoakan agar anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri itu terbuka menerima teguran.

"Saya tak kenal dia tapi pernah terserempak dalam satu event. Dia friendly... kita suka dia dan kadang-kadang dia kelakar.

"Dia sepatutnya bersyukur sebab ramai orang tegur dia, orang sayang kat dia

LUFYA OMAR

PELAKON

"Lagipun dia tengah mengandung sebab tu la tak elok buat iklan macam tu. Mungkin kekayaan ni boleh buat orang lupa.

"Dia sepatutnya bersyukur sebab ramai orang tegur dia, orang sayang kat dia," katanya.

Sementara itu Lufya turut menegur rakan selebriti yang dilihat agak terbuka menerima reviu berbayar tanpa memilih kandungan yang sesuai.

Menurutnya sebagai influencer dan selebriti, mereka sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang sensitiviti dalam masyarakat dan bukannya semata-mata untuk dapatkan duit.

"Orang terima reviu macam tu sebab tak ada ilmu dan tak ambil kisah. Kena fikir sebagai influencer tindakan kita akan jadi ikutan orang.

LUGYA3

Lufya harap Kak KM terima teguran yang diberikan dengan hati terbuka.

"Kalau saya dapat tawaran yang tidak sesuai, saya akan tolak sebab berpegang kepada satu benda iaitu hormat agama. Tak sesuai untuk tontonan umum terutama anak kecil.

"Sepatutnya minta content lain daripada client dan jangan langgar panduan agama kita. Buat yang lucu dan tak lucah. Jangan takut tolak iklan yang sebegitu sebab Allah yang bagi rezeki," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain