suria

Dituduh sengkek asyik buat reviu lucah, Raja Afiq dikecam tak fikir dosa dan pahala - “Mereka banyak kali pujuk... saya jenis tak sampai hati”

Raja Afiq anggap dia hanya ingin menolong peniaga di atas talian.

TAK serik-serik, pelakon Raja Afiq sekali lagi dikecam netizen gara-gara memuat naik posting reviu Instagram berbaur lucah pada Jumaat.

Jika sebelum ini Raja Afiq memilih untuk memulangkan semula wang bayaran yang diterima, namun kali ini aktor berusia 27 tahun itu kini tetap meneruskan ulasan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut tengok Raja Afiq buat review besarkan payudara, ramai kecam siap ‘serang’ isteri - “Maaf, duit upah pun dah dipulangkan”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Asma bimbang marketing lucah, saat masuk liang lahad dosa masih berjalan - “Moga sempat dipadam oleh diri sendiri, bukan waris”

Beberapa kali dipujuk untuk melakukan ulasan itu, Raja Afiq berkata dia hanya ingin menolong peniaga selain merupakan pendapatan sampingan.

Raja Afiq 2

Antara komen di perkongsian reviu di IG Raja Afiq.

"Kalau saya nak beri penjelasan atau terangkan kepada netizen, mereka pun takkan faham. Ikutkan saya sebenarnya dah banyak kali tolak.

"Tapi pihak produk itu tidak berhenti memujuk saya... tetap call dan mesej saya minta juga saya buat reviu. Saya ini jenis tak sampai hati.

"Niat saya nak menolong peniaga online dan buat reviu di IG pun salah satu income saya juga. Takkan saya nak tolak rezeki.

"Saya dah minta video yang lebih elok tapi itu sahaja yang pihak mereka dapat berikan kepada saya," katanya kepada mStar.

Ikutkan saya memang malas nak baca komen-komen netizen.

RAJA AFIQ

PELAKON

Terdahulu, perkongsian video yang memaparkan sebahagian besar buah dada seorang wanita mengundang kecaman netizen yang menganggap ia keterlaluan.

Malah, rata-rata netizen menganggap pelakon drama siri Gerak Khas: Undercover itu menerima bayaran dengan wang haram.

"Kalau terdesak sangat buka kedai tepi jalan pun ok, Sekarang ramai artis bisnes kecil-kecil jual minuman lebih baik dari reviu foto tak senonoh.

"Asal hari Jumaat ada je buat orang lain berdosa. Boleh fikir baik buruk, dosa, pahala kot

"Agak-agaklah reviu tu, jangan tunjuk diri sengkek sangat boleh tak?” antara komen netizen.

Dalam pada itu, pemilik nama Raja Muhammad Afiq Raja Razali ini enggan melayan komen negatif memandangkan dia hanya melakukan kerja selepas menerima bayaran.

Raja Afiq 1

Raja Afiq tidak mahu membaca komen negatif.

"Saya ada juga baca komen yang mengatakan saya ambil duit haram melalui reviu itu. Tapi siapa mereka nak tentukan duit itu haram atau halal?

"Ikutkan saya memang malas nak baca komen-komen netizen. Bukannya saya mencuri... saya hanya menjalankan tanggungjawab orang bayar untuk promosikan barang.

"Saya pun mencari rezeki untuk keluarga. Apa-apa pun, harap semua orang doa yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain