suria

Ustazah Asma bimbang marketing lucah, saat masuk liang lahad dosa masih berjalan - “Moga sempat dipadam oleh diri sendiri, bukan waris”

Ustazah Asma Harun melahirkan rasa kesal dengan sikap Kak KM yang seolah-olah tidak menghiraukan teguran.

SEJAK kebelakangan ini nama usahawan kontroversi Liana Rosli kerap menjadi sebutan pengguna media sosial selepas bertikam lidah dengan pendakwah bebas yang juga Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed.

Isu utama yang dibangkitkan PU Syed ialah mengenai kaedah pemasaran keterlaluan dan lucah yang digunakan Liana atau lebih dikenali sebagai Kak KM di media sosial.

Terpanggil untuk memberi teguran yang sama, pendakwah terkenal Asma Harun turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Kak KM yang seolah-olah tidak menghiraukan teguran.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustazah Asma Harun sekali lagi ‘sound’ penggiat seni, minta henti program maksiat - “Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati”

"Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan apabila turut melibatkan si anak... maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak.

"Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina. Apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya.

Capture

Ustazah Asma Harun bukan ingin menumpang populariti sebaliknya menjalankan amanah.

"Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama dalam kalangan founder produk seumpamanya," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Sebelum ini mStar melaporkan kenyataan Kak KM yang menuduh PU Syed cuba menumpang populariti selain bertindak seolah-olah melakukan 'kerja Tuhan' apabila menegur teknik pengiklanan lucah yang digunakannya.

Malah mStar turut menyiarkan kenyataan balas PU Syed yang menjelaskan tentang tanggungjawabnya sebagai manusia dalam mengajak orang ramai melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan apabila turut melibatkan si anak... maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak.

USTAZAH ASMA HARUN

PENDAKWAH BEBAS

Sementara itu Asma menerusi posting yang sama turut menegur secara umum tentang sikap peniaga yang lebih mementingkan keuntungan berbanding keredaan Allah.

"Kalian teruja apabila tontonan di media sosial meningkat, begitu juga jualan walaupun dengan jalan maksiat yang dilakukan secara terbuka atas tujuan marketing.

"Kerana ingin mengaut keuntungan dunia yang sementara, harga dan maruah diri wanita Muslim sanggup digadaikan begitu saja, jika iman tidak boleh menghalang, di mana perginya rasa malu dalam diri?" katanya.

Selain itu Asma turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dalam berkongsi foto atau video di media sosial kerana bimbang jika tidak sempat dipadam sebelum datangnya ajal.

"Pernahkah terfikir bagaimanakah jika suatu hari nanti dipanggil bertemu Allah... dalam keadaan sudah masuk ke liang lahad, namun dosa masih berjalan kerana video-video dengan aksi sebegitu masih kekal berada di media sosial.

"Nauzubillahiminzalik. Moga sempat dipadam oleh diri sendiri bukan waris, kerana itu adalah tanda sempat bertaubat sebelum mati," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain