suria

Lebih 30 tahun dalam industri… Fauziah Latiff lebih percaya bakat daripada jumlah ‘follower’ IG

Fauziah Latiff akui bakat tetap jadi keutamaan berbanding populariti.

DAKWAAN kononnya stesen televisyen meletakkan syarat pengambilan pelakon yang memiliki sejuta pengikut di Instagram menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan penggiat seni dan netizen.

Pelbagai pandangan dan pendapat diluahkan oleh masyarakat antaranya mahu anak seni yang berbakat diutamakan dan tidak hanya bersandarkan pada populariti di media sosial semata-mata.

Berkongsi pandangan mengenai isu sensasi itu, penyanyi dan pelakon Fauziah Latiff berkata dia lebih mengutamakan bakat berbanding jumlah pengikut kerana baginya bakat penentu kejayaan seseorang anak seni.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejujurnya saya masih takut!” - Fauziah Latiff keluar bila perlu, elak gelombang kedua Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak berani nak tutup pintu hati, buatnya ada yang datang nanti” - Fauziah Latiff enggan mengharap cinta baharu

"Pada saya pertama sekali adalah bakat sebab daripada situlah peminat akan suka kualiti lakonan kita. Jadi kita pun akan berusaha untuk memperbaiki mutu persembahan supaya dapat puaskan hati peminat.

Sekarang ni zaman teknologi, masyarakat akan melihat kita di media sosial... semuanya perlu seiring tapi apa-apa pun bakat itu sangat penting!

FAUZIAH LATIFF

PENYANYI

"Bila kita bersungguh buat sesuatu kerja kerana bakat, kita akan perbaiki apa yang perlu untuk menjadi lebih baik... dalam tak sedar bila kita ada kualiti, secara tak langsung pengikut pun akan datang dan penonton akan lihat sendiri apa kita usahakan.

"Sekarang ni zaman teknologi, masyarakat akan melihat kita di media sosial. Semuanya perlu seiring tapi apa-apa pun bakat itu sangat penting. Kalau ada bakat tapi tak nak belajar pun tak boleh juga!" katanya kepada mStar.

fauziah 1

Fauziah akui bukan mudah berada di kedudukannya kini selepas 30 tahun menjadi anak seni.

Lebih tiga dekad berkecimpung dalam industri seni, penyanyi lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini berkongsi pengalaman sukarnya ketika di awal pembabitan dalam bidang ini.

"Saya sendiri belajar daripada kosong... tak mudah untuk sampai ke sini, bermula dari zero. Tiada yang mudah dalam hidup ini.

"Tapi sebab kita hargai bakat ini, jadi apabila diberi tanggungjawab kita lakukan sehabis baik.

"Apa-apa pun jangan berhenti belajar... ambil tenaga daripada peminat itu untuk kita jadi lebih baik, cuma sekarang ini untuk berjaya kena seimbangkan antara populariti dan bakat," ujarnya yang memiliki 211,000 pengikut di Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain