suria

Shahrol Shiro minta pihak produksi bertanggungjawab isu ‘content’ rogol - “Kuasa siapa melepaskan perbualan itu?”

Shahrol kongsi pandangannya mengenai rakaman video program TV yang tular pada Rabu.

ISU ketelanjuran aktor Fauzi Nawawi mengupas tentang lakonan aksi rogol dalam sebuah program televisyen turut menarik perhatian pelawak Shahrol Shiro.

Tampil menyuarakan pandangannya mengenai isu ini, Shahrol atau nama sebenar Shahrol Azizie Azmi, 37, berkata pihak produksi sepatutnya bertanggungjawab dalam menerbitkan sesuatu program.

"Secara pandangan peribadi, artis hanya menjawab soalan yang diberikan... mungkin kesalahannya adalah mengupas isu tersebut lebih mendalam meskipun ianya soalan spontan dari hos tapi kuasa siapa untuk melepaskan perbualan tersebut?

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro rayu pelawak sebenar mengaku, kecewa netizen asyik ‘petik’ nama - “Tak adil, kawan-kawan pula yang kena!”

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro balas teguran Hans Isaac, harap tak ‘koyak’ isu Kabinet ‘recycle’ - “Politik bukan untuk mereka berjiwa nipis”

"Jika ianya adalah sebuah rancangan yang direkod ia adalah tanggungjawab pihak produksi untuk memotongnya dan jika ianya live pihak produksi juga berkuasa untuk censored bahagian tersebut.

"Supaya tidak lebih mengarut dan keterlaluan sebab itu hos rancangan memakai earpiece supaya produksi dapat berhubung terus dengan pengacara jika ianya sensitif," katanya menerusi laman Instagram pada malam Rabu.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik paparan skrin laporan mStar mengenai permohonan maaf yang dibuat Fauzi Nawawi selepas tular rakaman temubual berkenaan.

shahrol 2

Shahrol kongsi pandangannya mengenai isu video tular.

Dalam pada itu, Shahrol turut mempersoalkan kualiti program komedi yang dilihat terlalu terbuka menyentuh beberapa isu sensitif termasuklah mengenai rogol.

Mengimbau kembali kejadian pada tahun 2012, Sharol berkata dia dan kumpulannya Shiro pernah disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana terlanjur menyebut perkataan rogol semasa dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM).

Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung!

SHAHROL SHIRO

PELAWAK

"Inikah kualiti program komedi di Malaysia? Maaf bukan nak merendahkan lagi dan cuba mencari perhatian tetapi isu ini dekat dengan saya kerana dalam sejarah MLM kami adalah satu-satunya kumpulan yang disaman oleh MCMC kerana menyebut perkataan ‘rogol’ sewaktu MLM2012.

"Sepatutnya sejarah tersebut dapat menjadi pengajaran buat pihak produksi. Perkara telah pun terjadi, pihak produksi wajib bertanggungjawab atas segalanya dan jangan biarkan selebriti yang menanggung segalanya," ujarnya.

shahrol 1

Shahrol mahu pihak produksi bertanggungjawab mengenai rakaman tular itu.

Sebelum itu tular rakaman video Fauzi berkongsi mengenai wataknya dalam sebuah filem yang memerlukan dia merogol aktres Raja Farah.

Dalam rakaman temubual itu, hos iaitu Khir Rahman dan Shuk Sahar, Fauzi mengakui terpaksa mengawal nafsu ketika melihat Raja Farah.

Rata-rata netizen marah dan menganggap perkara itu sebagai membuka aib serta tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Bagaimanapun, aktor tersebut telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain