suria

Susah bernafas, muntah tak henti... badan Ernie Zakri dah bagi ‘warning’ tak cukup rehat - “Mesti baby sedih ibu tak rest”

Ernie Zakri akan berpada-pada bekerja bagi memastikan kandungannya sihat.

AKIBAT terlalu sibuk menyelesaikan tuntutan kerja, penyanyi Ernie Zakri mengakui dia kadangkala terlupa dirinya kini sedang hamil.

Menurut Ernie, 29, kesibukan itu menyebabkan dia tidak mendapat rehat yang cukup hingga menjejaskan kesihatan dan kandungannya.

"Alhamdulillah kandungan pun dah cecah usia lima bulan, alahan dah tak ada cuma bila terlampau penat, body pun bagi warning suruh berehat.

ARTIKEL BERKAITAN: Alhamdulillah... Ernie Zakri hamil 4 bulan - “Masuk trimester kedua dia berdepan alahan loya”

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel layan kehendak Ernie Zakri suka menyanyi di rumah, lain macam penangan orang mengandung - “Kami dah macam buat konsert”

"Sudah dua hari berehat di rumah, rasa lega dan makin pulih... mungkin sebab kepenatan bekerja. Sebelum mengandung saya sangat aktif, rasa badan kita masih macam dulu sehari boleh buat dua tiga kerja, duduk dekat set berbelas jam pun tak apa.

"Saya dah macam terlupa yang saya tengah mengandung dan masih in denial rasa boleh aktif macam dulu... jadi selepas ini saya kena beringatlah," katanya kepada mStar.

ernie 2

Ernie dan Syamel teruja timang anak pertama.

Terdahulu, menerusi Instastory penyanyi lagu Gundah ini memberitahu keadaan kesihatannya kurang baik kerana tidak mendapat rehat secukupnya.

"Tewas lagi! Baru pulang Kuala Lumpur dari Pulau Pinang, esoknya pergi kerja. Rasanya saya patut dengar badan saya, mesti baby pun sedih ibu tak rest semalam.

"Bangun pagi susah bernafas, sakit rahang sampai kepala, muntah tak berhenti sampai kena batal satu program hari ini. Maaf kepada pengurus dan pihak produksi.

Walaupun kerja banyak tapi Syamel sentiasa ingatkan supaya tak terlalu aktif macam dulu!

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

"Kena perlahan-lahan menerima saya bukan Ernie sebelum mengandung. Saya kena betul-betul selektif dalam memilih kerja lepas ni... kena jaga anak cinta sayang dalam perut ni," tulisnya di Instastory pada Selasa.

Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia sudah membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor mengenai keadaan kesihatannya.

Justeru itu, dia akan lebih berpada-pada bekerja dan akan mengutamakan kesihatan bayi dalam kandungan.

ernie ig

Ernie kurang sihat beberapa hari lalu kerana tidak mendapat rehat yang cukup.

"Lepas dapat nasihat doktor minta saya kurangkan kerja, jadi saya kena tapis kembali kerja-kerja yang ada... yang mana mampu buat saya buat.

"Kalau nak cerita fasal kerja dan duit, bila-bila pun boleh cari tapi tentang kesihatan diri dan anak ini saya kena utamakan.

"Apa-apa pun saya berdoa agar semuanya dipermudahkan dan menempuh fasa indah ini dalam keadaan baik-baik sahaja," ujarnya.

Bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi, Ernie berkata, suaminya akan memantau jadual kerja supaya tidak menggangu kesihatannya dan bayi dalam kandungan.

ernie 3

Pasangan ini berkahwin pada Mac lalu.

"Ini pengalaman pertama kami, sebagai suami semestinya Syamel pun risau. Selepas dapat nasihat doktor jadi kami pun dah tahu apa perlu dilakukan selepas ini.

"Walaupun kerja banyak tapi Syamel sentiasa ingatkan supaya tak terlalu aktif macam dulu... dia tak ada masalah untuk saya terus bekerja cuma kesihatan kena jaga lebih sedikit.

"Sekarang ini dia pantau jadual kerja saya. Kebanyakan tuntutan kerja membabitkan kami berdua, perlu buat bersama-sama, jadi sekarang ini perlu ada kerjasama antara kami," katanya.

Ernie dan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain