suria

Tahniah! Ayie Floor88 dah ‘off market’ selamat bergelar suami Tasha Awie

Ayie dan Tasha selamat diijabkabulkan pada pagi Khamis.

SELEPAS 10 bulan mengikat tali pertunangan, akhirnya vokalis kumpulan Floor88 iaitu Ayie sah bergelar suami kepada Tasha Awie pada pagi Khamis.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ahmad Nawawi Mad Nasir dengan sekali lafaz di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor kira-kira pukul 10.20 pagi.

Dalam majlis yang diadakan secara tertutup itu, Ayie atau nama sebenar Nik Fadlee Elhamshah, 23, menyerahkan mas kahwin RM1000 bersama gelang dan cincin emas tanpa wang hantaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki bakal kahwin muda, Ayie Floor 88 harap peminat tak lari - “Saya akan cipta lagu romantis khas untuk bakal isteri”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Jumpa di kedai makan selepas ABPBH tiga tahun lalu... Ayie Floor88 selamat jadi tunangan Tasha Awie - “InsyaAllah jika ada rezeki nikah tahun ini”

Usai pernikahan, Ayie meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut berjalan lancar dan dipermudahkan.

"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan, macam tak percaya akhirnya saya dan Tasha selamat disatukan sebagai suami isteri hari ini.

ayie 2

Majlis nikah diadakan secara tertutup mengikut SOP.

"Syukur majlis berjalan lancar meskipun kita masih lagi berdepan dengan pandemik Covid-19," katanya kepada mStar.

Ayie dan Tasha atau nama sebenar Nur Natasha Ahmad Nawawi, 22, mengikat tali pertunangan di Lanai Anggun, Eco Sky, Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Dia suka budak, pandai memasak dan menguruskan hal rumah!

AYIE

VOKALIS FLOOR88

Dalam pada itu, Ayie berkata dia terbuka hati menjadikan Tasha sebagai isteri kerana sikap penyayang dan pandai menguruskan hal berkaitan rumah tangga.

"Dia suka budak, pandai memasak dan menguruskan hal rumah,” ujarnya.

ayie tunang

Ayie dan Tasha mengikat tali pertunangan pada Januari lalu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.

Ditanya mengenai lokasi berbulan madu, Ayie berkata dia masih belum mempunyai perancangan itu kerana perlu menyelesaikan beberapa tugasan kerja.

Malah, pasangan ini juga berkata mereka tidak meletakkan perancangan mengenai cahaya mata.

"Tak ada plan lagi honeymoon, sebab saya cuti empat hari sahaja. Lepas itu sambung kerja balik. Nanti-nanti la kita tengok kalau ada waktu yang sesuai untuk bercuti.

"Sama juga mengenai zuriat, kita pun tak merancang. Kalau ada kami terima sahaja rezeki itu," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain