GARA-GARA memiliki wajah yang hampir seiras, adik usahawan sensasi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat iaitu Nur Mustika sering menjadi mangsa ejekkan netizen. Akui terbeban dengan kontroversi membabitkan abangnya itu, Mustika berkata dia sudah penat menanggung segala masalah yang ditinggalkan Sajat sejak usahawan itu menjadi buruan polis. "Sudah la, Sajat dah tak ada... dia kat Australia, jangan petik-petik lagi pasal dia. ARTIKEL BERKAITAN: Adik Sajat tiba-tiba ‘meletup’, Mustika luah perasaan terbeban masalah abang sendiri ARTIKEL BERKAITAN: “Kau memang buat hal Jat!” - Nur Mustika adik Sajat lepas geram, tak tahan kena jawab kontroversi "Cerita (kontroversi) fasal dia tapi orang lain yang terkesan tambahan lagi muka macam ni... macam muka Sajat ni. "Tolong la faham, Sajat tiada dah... Mustika je ada sekarang ni," katanya menerusi pertemuan secara eksklusif dengan mStar. Mustika tidak mahu kontroversi Sajat dikaitkan dengannya lagi. Bagaimanapun kata Mustika, kini dia berasa lebih lega selepas Sajat akhirnya muncul secara terbuka di media sosial mengakui sudah melarikan diri ke Australia daripada Thailand. Katanya, pengakuan berkenaan sedikit sebanyak menjawab persoalan orang ramai tentang abangnya itu yang sebelum ini tertumpu kepadanya. "Saya dah cakap tak pernah hubungi dia, mak dan ayah saya je yang dapat berhubung dengan dia. Sejujurnya tak ada keluarga yang tak happy kalau tengok dia happy dan selamat kat sana. "Bagi saya walau apa yang dia buat dan difikirkan selamat, okey la. Hanya saya yang terbeban dengan apa yang saya perlu ditanggung sekarang kerana netizem cari saya Cerita (kontroversi) fasal dia, tapi orang lain yang terkesan tambahan lagi muka macam ni... macam muka Sajat ni. NUR MUSTIKA ADIK "Apabila ada je berita fasal Sajat mereka mengejek saya dekat IG... this is not good," katanya. Berkongsi lanjut tentang perasaan marahnya terhadap Sajat, Mustika berkata sebagai adik dia mengharapkan abangnya itu menghubungi bagi bertanyakan khabar. "Ada baiknya dia duduk sana terus, jangan balik sini... penat aku! "Sebenarnya saya marah sebab saya terkesan dengan semua yang berlaku tapi langsung tak dapat mesej daripada dia. "Yerlah... dah tahu kau tinggal semua masalah tu kat sini dan tanpa diberi pilihan saya kena tanggung dan kena jawab, sekurang-kurangnya mesej dan jelaskan," katanya. Mustika (kanan) terpaksa menanggung kecaman netizen susulan masalah yang dicetuskan Sajat (kiri). Isnin lalu mStar melaporkan tentang pengakuan Sajat yang mendakwa sudah melarikan diri ke Canterbury, Australia. Difahamkan dia kini sedang menjalani tempoh kuarantin di sebuah hotel di sana. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal hadir pada sebutan semula kesnya tanpa sebab pada 23 Februari lalu. Dia juga dikehendaki di Malaysia mengikut Seksyen 186 dan 353 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!