PENGHIJRAHAN usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat ke Australia benar-benar memberi kesan mendalam kepada kedua ibu bapanya yang terpaksa reda menerima keputusan mengejut itu. Perkara itu didedahkan oleh sahabat baiknya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang memaklumkan ibu dan ayah Sajat tidak lagi seceria dahulu selepas ‘kehilangan’ seorang anak yang banyak menyumbang kepada keluarga. "Aku jumpa mak kau, dia pun tak seceria dulu, cuma apabila dia dengar kau dah okay semua dia lega la... dia pun ada tanya tahu tak? Aku pun tak tahu. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Perit... Sajat kongsi detik-detik pilu berpisah dengan anak, berazam bina perniagaan baharu di luar negara - “Sebelum lari saya peluk anak-anak bagi tahu saya terpaksa pergi” ARTIKEL BERKAITAN: Adik Sajat tiba-tiba ‘meletup’, Mustika luah perasaan terbeban masalah abang sendiri "Apabila aku cerita dengan ayah dan mak kau, dia kadang-kadang menangis. Sedih dia... dia yang update dekat aku bila kau dah selamat sampai Australia. Aku pun terkejut! "Dia kata kau ni banyak bantu, penyumbang utama keluarga. Itu sajalah. Aku tengok anak kau asyik tanya mana umi, rindu dengan umi... aku cakap umi cari duit,” kata Aliff menerusi siaran langsung bersama Sajat di Instagram pada malam Rabu. Aliff bertanya khabar dengan Sajat menerusi Instagram Live. Meletakkan dirinya di tempat Sajat, penyanyi lagu Cuba ini mengakui tidak mampu berdepan dengan ujian tersebut yang disifatkan cukup berat dan mencabar. Justeru itu, dia mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu. Aku pun tak sekuat kau, aku tak nak viral-viral dah, kau memang hebat! ALIFF SYUKRI SAHABAT BAIK SAJAT "Kalau aku berada di tempat kau, aku tak boleh nak lalui detik ini, aku rasa ni cabaran terhebat kau... bukan semua boleh melalui detik ini. "Aku pun tak sekuat kau, aku tak nak viral-viral dah, kau memang hebat. Aku sekarang nak buat content dengan isteri sahaja. Sajat bersama ibu dan bapanya. "Sebagai sahabat, saya dan isteri sentiasa anggap Sajat sebagai sahabat dunia dan akhirat... semoga Sajat bahagiakan keluarga, kami sentiasa doakan yang terbaik, jangan lupa sembahyang," ujarnya. Sajat mempunyai sepasang anak angkat iaitu Syahmi dan Syaza berusia dua tahun yang kini di bawah jagaan ibu bapanya. Minggu lalu, Sajat mendedahkan secara rasmi sudah berhijrah ke Australia dan sedang menjalani kuarantin di Canterbury selain menyatakan pendiriannya untuk tidak mahu kembali lagi ke Malaysia. Sajat berkata, dia akan membina hidup baharu di negara itu dan bercita-cita memberi peluang pekerjaan kepada belia Malaysia yang ingin bekerja di luar negara. Pada Januari lalu, Sajat pernah didakwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!