suria

Hidung berdarah tiba-tiba, Shiha Zikir tetap ‘cool’ anggap tak serius - “Mungkin sebab badan panas sikit”

Shiha muat naik status mengenai keadaan dirinya.

GARA-GARA bekerja tanpa rehat, penyanyi dan pelakon Shiha Zikir terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah klinik selepas mengalami masalah lemah badan dan cepat letih.

Bukan itu sahaja, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata hidungnya berdarah dengan sendiri ketika sedang berjalan, dipercayai kerana suhu badan meningkat..

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja dapat berlakon di slot Akasia, Shiha Zikir bimbang pandangan pelakon lain - “Mungkin ada yang suka dan sebaliknya...”

"Semalam saya terlampau penat sampai terpaksa drip air dalam badan. Alhamdulillah... tak ada apa yang serius pun.

Shiha 1

Shiha tidak mendapat rehat secukupnya sehingga badannya keletihan.

"Ikutkan semalam tak ada kerja apa-apa pun. Tapi sebab badan rasa tak larat dan letih semacam, itu yang saya pergi masukkan air.

"Tadi pun tengah berjalan, tak perasan darah keluar dari hidung. Mungkin sebab badan panas sikit tapi sekarang dah okay," katanya kepada mStar.

Terdahulu, penyanyi berusia 34 tahun ini memuat naik status di Instastory meminta orang ramai supaya tidak berasa bimbang dengan keadaannya yang kini semakin baik.

Semua orang melalui perkara sama, bukan saya seorang saja.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu AEWO ini memberitahu dia terlalu sibuk bekerja sejak aktiviti seni dibenarkan beroperasi.

Menganggap ia adalah rezeki, Shiha memberitahu dia akan terus bekerja keras sehingga mencapai sasarannya dalam industri.

"Sejak aktiviti seni dah dibenarkan sampailah sekarang, saya tak rehat lagi... memang bekerja saja. Tapi saya anggap ia satu rezeki yang Allah nak beri.

Shiha 2

Shiha mempunyai sasaran dalam industri.

"Semua orang melalui perkara sama, bukan saya seorang saja. Setiap orang ada hari yang dia akan kepenatan sebab kerja.

"Ikutkan saya selalu juga drip air tapi tak pernah share. Cuma semalam saja nak kongsi. Saya ni kalau buat kerja, nak buat orang gembira.

"Walaupun penat tapi tak apa, saya memang dah ada sasaran dalam industri untuk beberapa tahun ini nak bekerja keras," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain