suria

Belum setahun jadi artis, Aliff Iskandar terkejut nama tercalon Top 5 ABPBH... macam tak percaya bersaing dengan Meerqeen

Aliff Iskandar (kanan) mengakui Meerqeen mampu memberikan saingan hebat dalam kategori berkenaan.

BELUM pun setahun berada dalam industri seni tanah air, penyanyi Aliff Iskandar berjaya tercalon dalam Top 5 kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34).

Menurut Aliff, 20, sehingga kini dia masih tidak percaya mampu meloloskan diri dalam kategori berkenaan kerana saingan awal menampilkan nama-nama yang jauh lebih popular dari dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga kali pengsan di rumah, rupa-rupanya penyanyi baharu Aliff Iskandar positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Cara Aliff Iskandar kawal ketagih game online - “Selalu main ML, PUBG empat jam sehari... saya ada buat jadual”

"Alhamdulillah... sejujurnya saya sangat terkejut. Saya pun tak sampai setahun dalam industri seni ini. Tak pernah rasa diri popular, mungkin rezeki populariti lagu Perit membantu menaikkan nama saya.

170634107_271703791294900_8758409599931774194_n

Aliff berkata semua calon mempunyai kelebihan tersendiri untuk meraih kemenangan dalam ABPBH34.

"Saya memang tak pernah paksa orang undi, sekadar post dan kongsi di media sosial untuk pengikut dan kenalan, tak sangka berjaya sampai ke Top 5. Memang semua ini atas usaha peminat yang mengundi.

"Tak ada beli undi, itu semua 100 peratus usaha peminat dan penyokong yang tak henti beri sokongan... masuk Top 5 pun bagi saya dah satu penghargaan, lebih-lebih lagi masih baru dalam industri ini," katanya kepada mStar.

Saya pun tak sampai setahun dalam industri seni ini.

ALIFF ISKANDAR

PENYANYI

Bagi kategori berkenaan, Aliff bersaing dengan empat lagi nama lain iaitu Meerqeen, Nadhir Nasir, Fadh Majid dan Dinie Rashid.

Ditanya siapa pencabar terdekatnya, Aliff berkata semua calon mempunyai kelebihan tersendiri untuk meraih kemenangan dan membawa pulang trofi berkenaan.

"Semua saingan sengit tapi paling terdekat dengan saya ialah Meerqeen dan Nadhir. Mereka berdua boleh dikatakan dah top dan dikenali ramai.

aliff 1

Aliff tidak memaksa peminat untuk mengundinya dalam anugerah berkenaan.

"Tapi saya tak letakkan itu sebagai tekanan sebab saya pun tak mengharap sangat, saya anggap ia persaingan sihat. Tak kisahlah siapa pun menang, sekurang-kurangnya program ini dapat merapatkan lagi kami.

"Menang atau tidak saya akan terus berkarya dan berikan yang terbaik untuk peminat. Perjalanan saya pun masih jauh lagi, banyak lagi yang perlu saya belajar dan terokai dalam industri seni ini," ujarnya.

Malam kemuncak ABPBH34 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada 13 November depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain